“Banyak Diputar Belit, Jatuhkan Maruah Saya” – Iqbal Dedah Sebab Kecewa Dengan DSV

Hiburan

“Banyak Diputar Belit, Jatuhkan Maruah Saya” – Iqbal Dedah Sebab Kecewa Dengan DSV

Hasrat Ahmad Iqbal Zulkefli untuk memperisterikan bekas majikannya, usahawan sensasi, Datuk Seri Vida tidak kesampaian apabila dia mendapat tentangan hebat daripada anak-anak bakal isteri.

Datuk Vida dan Iqbal
3 years ago

"Risau Cinta Dia Tak Seteguh Pengorbanan Saya.." - Iqbal Putus Asa Kahwini DS Vida?

Advertisement

Iqbal dalam satu kenyataan berkata, dia tidak akan memaksa usahawan itu untuk berkahwin. Keputusan yang diambil ini bagi menjaga maruah dirinya yang seolah-olah dilihat sudah lama mengimpikan untuk mengahwini DSV.

Terbaru, Iqbal menerusi hantaran di Instagram mendedahkan cerita sebenar yang berlaku sekali gus menafikan dakwaan rancangan berkahwin ini adalah sekadar gimik.

Dalam hantaran itu, Iqbal turut menyertakan screenshot Whatsapp daripada anak lelaki DSV iaitu Kacak. Kacak meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hati Iqbal.

iqbal dsv

Dakwa Iqbal lagi, sebelum ini dia pernah ditawar rumah banglo dan kereta mewah supaya kembali bekerja untuk DSV. Dia berkata terpaksa menolak tawaran kerana sudah mempunyai perniagaan sendiri.

iqbal kahwin dsv

Iqbal turut menafikan dakwaan dia mahu mengikis harta usahawan kosmetik terkenal itu. Dakwanya, sehingga kini tiada barangan berharga diterimanya daripada DSV.

Malah, Iqbal turut menafikan tuduhan nafkah RM1juta hanya sekadar marketing untuk melariskan nama.

iqbal

Dakwa Iqbal, selama ini DSV tidak pernah menjelaskan kepada anak-anak mengapa mereka ingin berkahwin.  Sebaliknya, DSV membiarkan anak-anak memberontak sehingga timbul tanggapan Iqbal mahukan harta.

Kata Iqbal lagi, sekarang Cik B meletakkan syarat supaya dia membelikan kereta Mercedes bernilai RM1juta jika benar ingin berkahwin.  Iqbal walau bagaimanapun sudah terlalu kecewa dan mendakwa banyak perkara telah diputar belit sehingga menjatuhkan maruahnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...