“Banyak Betul Alasan, Orang Suruh ‘Share Awareness’ Je Bukan Derma” – Penjelasan Syamimia Tak Kongsi Isu Palestin Teruk Dikecam

Trending

“Banyak Betul Alasan, Orang Suruh ‘Share Awareness’ Je Bukan Derma” – Penjelasan Syamimia Tak Kongsi Isu Palestin Teruk Dikecam

Pempengaruh yang tular kerana peti ais ‘SMEG’ dan tinggal di flat PPR baru-baru ini kembali meraih perhatian warganet selepas dia berkongsi satu hantaran di Instagram.

Syamimia pprt rumah kondo
1 year ago

Duduk PPRT Tapi Hias Rumah Macam Kondo T20, TikTokers Dikecam Segelintir Netizen - "Saya Simpan Rapi Kisah Ini.."

Advertisement

Menerusi video yang kini telah dipadam, Syamimia memberikan penjelasan panjang selepas dipersoal mengapa dia tidak menggunakan platform media sosialnya untuk berkongsi kesedaran tentang Palestin.

Kata warganet, dengan pengikut seramai lebih 300,000 orang itu, ibu kepada seorang cahaya mata tersebut diharapkan untuk menggunakannya ketika konflik Israel-Palestin ini.

 

“Try hard nak justify kenapa dia tak kongsi pasal Palestin”

Bagaimanapun, penjelasan Syamimia tidak melegakan keadaan sebaliknya lebih mengundang kecaman daripada warganet di laman sosial Instagram dan Twitter.

Ramai tidak bersetuju dengan apa yang dikatakannya malah sesetengah daripada mereka berpendapat pempengaruh itu hanya ‘cakap kosong’ dan ‘try hard’ untuk memberikan alasan.

Antara ‘point’ yang dikatakan Syamimia adalah dia tidak mempunyai duit yang banyak seperti pempengaruh lain yang boleh menyumbang ratusan ribu.

Dia juga berkata mahu lebih fokus kepada keperluan keluarganya dan mahu membuat kebaikan secara menyeluruh, bukan hanya isu tertentu.

Tidak berkongsi tidak bermaksud tidak ambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, hanya Tuhan saja yang tahu.

komen

komen

 

“Cakap jela nak jaga algorithm”

Namun, ramai warganet berkata Syamimia ‘melebih-lebih’ kerana orang hanya mengharapkan dia berkongsi hantaran tentang Palestin sahaja bukanlah sehingga membuat sumbangan ribuan ringgit.

Kata mereka, dia terlampau mementingkan ‘algorithm’ laman sosialnya itu dan takut kena ‘banned’ disebabkan bersuara tentang Palestin.

Sekadar menyebarkan kesedaran pun sudah cukup kerana mungkin dengan perkongsian itu ada pihak yang lebih peka tentang Palestin.

Kamu ada kuasa untuk pengaruh orang dan buat orang faham. Ini bukan pasal kemampuan (wang ringgit). Ini pasal keperimanusiaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...