“Banyak Benda Saya Kena Fikir..” – Hampir Sepuluh Tahun Belum Ada Rezeki Anak, Marsha Milan Ingin Dapatkan Rawatan IVF

Hiburan

“Banyak Benda Saya Kena Fikir..” – Hampir Sepuluh Tahun Belum Ada Rezeki Anak, Marsha Milan Ingin Dapatkan Rawatan IVF

Selepas hampir satu dekad belum berjaya dikurniakan rezeki cahaya mata, penyanyi Marsha Milan dan suaminya pernah berancang untuk mendapatkan rawatan kesuburan In-vitro (IVF), namun belum berkesempatan hingga sekarang.

Mencari waktu yang sesuai

Menurut penyanyi ini, dia dan suami masih mencari masa yang tepat untuk proses rawatan tersebut memandangkan ia akan mengambil masa yang panjang dan memerlukan komitmen. Tambahan pula, Marsha juga harus mengambil masa berehat yang lama jika menjalani IVF.

Advertisement

Sebenarnya sudah ada perancangan untuk IVF dari tahun lepas tetapi saya tiada masa lagi, seperti semua maklum kaedah berkenaan memerlukan komitmen penuh dari segi waktu.

 

Kalau nak cakap soal tarikh itu pun saya belum tahu, rawatan ini rumit apatah lagi untuk wanita kerana memerlukan rehat dalam jangka panjang, banyak benda saya kena fikir sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)

Terbuka untuk ambil anak angkat

Sementara itu, Marsha juga tidak menolak cadangan untuk mengambil anak angkat sekiranya dia dan suami ditakdirkan tiada cahaya mata. Namun begitu, suaminya meminta penyanyi ini untuk tidak berfikir terlalu jauh memandangkan mereka masih ada waktu untuk mencuba.

Kalau Allah kata tunggu, kami perlu reda. Suami pula tidak bagi saya fikir terlalu jauh lebih-lebih lagi soal pengambilan anak angkat.

 

Saya tidak kisah mengambil anak angkat dan pernah terdetik untuk lakukan perkara tersebut jika tiada rezeki dapat zuriat sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)

Sekadar info, Marsha Milan telah berjaya bergelar isteri kepada suaminya, seorang usahawan iaitu  Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 2015 lalu.

izzue islam
8 months ago

“Bukannya Bayar IVF RM300 Dapat Anak Esok” - Izzue Islam Elak Jumpa Orang Yang Suka Tanya Pasal Zuriat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...