Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Banyak Babak Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Ditapis, Dari Genre Seram Dah Jadi Naskah Air Mata”- Suhaimi Lua

Pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang kini bersiaran di saluran TV3, Suhaimi Lua meluahkan perasaan kesal kerana banyak babak penting drama tersebut telah dipotong kerana dianggap tidak sesuai untuk ditonton umum.

Suhaimi LuaSumber : Google  

Kata Suhaimi, tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis beberapa babak drama tersebut telah mencacatkan perjalanan drama yang sepatutnya mengetengahkan genre seram.

Advertisement

Tambah pengarah terkenal ini lagi, Aku Yang Kau Gelar Isteri sebenarnya sebuah drama seram dan babak berkenaan membuatkan cerita tersebut menjadi lagi menakutkan.

View this post on Instagram

A post shared by 7hmk Sangat (@7hmksangat)

“Macam babak dalam episod lima yang ditayangkan semalam, saya dapat tahu scene Cik Embun lakonan Lana Nodin nak cucuk susuk di kemaluan Laila (Sharifah Sakinah) tidak disiarkan.. babak ini penting untuk menimbulkan tanda tanya kenapa watak Ezlan (Adi Putra) tergila-gilakan dia. Banyak lagi babak dipotong seperti babak santau, muntah darah serta keluar rambut daripada mulut. Semuanya memang menyeramkan dan menakutkan tapi penting dalam drama tersebut.”

Perasaan sedih dan kecewa yang dirasai Suhaimi turut membuatkan dirinya terfikir untuk berhenti mengarah drama lagi di masa depan.

Advertisement

Jelasnya lagi, ketika perjumpaan bersama LPF, pihak berkenaan meminta hanya 30 peratus babak seram untuk disertakan dalam drama tersebut namun jika sudah dipotong semua, ianya sudah bertukar menjadi drama air mata.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri kini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam sejak 17 Februari lalu menerusi slot Samarinda TV3. Ianya dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Atiq Azman.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    February 26, 2021 at 7:55 am

    ada la babak masukkan susuk dlm @#$%^& dgn muntah darah rambut kluar dr mulut…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama