Penerbit dan pelakon, Raja Azmi mengakui dirinya masih belum berhijab secara sepenuhnya sebaliknya menggayakan tudung mengikut kesesuaian majlis yang dihadiri.
Ujar Raja Azmi yang ditemui media, banyak ‘aurat’ lain yang perlu ditutup dan bukan rambut semata-mata.
Saya memang ‘on’ ‘off’ pakai tudung. Memang pilihan saya sendiri. Pada saya, aurat bukan tutup rambut saja tapi banyak lagi seperti jaga mulut, jaga pandangan mata.
Jadi buat masa ini saya masih memilih kadang-kadang nak pakai tudung dan kadang-kadang tak pakai. Saya pilih kesesuaian. Kalau nak hadiri majlis agama, saya pakai tudung lengkap.
Tambahnya lagi, Islan itu bukan hanya bertudung kerana dia amat pasti dalam menjaga aurat lain seperti tidak mengumpat, jaga pandangan mata dan sebagainya.
Mengulas mengenai persepsi peminat dan netizen, Raja Azmi mengakui memang ada yang bertanya dan selalunya dia akan mengaku sahaja dan memohon maaf.
Perkembangan terkini, Raja Azmi kini membawa watak ibu berstatus datin dalam drama terbaru berjudul Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di saluran TV3.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.