Assalamualaikum
Saya Zawiyah binti Hatip, pada mulanya agak susah juga nak publishkan kesusahan yang di hadapi..tapi bila memang takder cara lain..saya teruskan..lebih2 lagi ade yang sudi untuk bantu, knapa tak teruskan saje kan..pertama sekali terima kasih abg nara dan kawan2 yang selalu memahami..mereka semua saya kenal pun melalu BN juga..tengok sape kata bergosip langsung takder faedah kan..
Ok, pape pun saya nak bagitau..adik saya, mohd abdul rahim (IM) di kesan mengalami jantung berlubang sejak umo 3 bulan, patut la masa mak lahirkan dia, dia kecik sangat..lepas tu nangis pun tak mcm baby lain…suara dia slow jer, lepas ulang alik ke hospital machang, Im di rujuk ker HUSM (Hospital Universiti SainsMalaysia atau pun lebih di kenali sebagai hospital Kubang Kerian)bila umo dia dah 3 bulan, doktor sahkan dia menghadapi masalah jantung berlubang dan saluran ke paru-paru amat sempit. Sejak umo 3 bulan sampai la tahun 2004, ms ni umo dia kalu tak silap 11 tahun, kami ulang alik ke HUSM, doktor bagi ubat dan vitamin mcm tu jer..memang la ade usul suruh datang ker IJN tp atas tanggungan sendiri, mana la kami mampu.
Dengan kerja ayah sebagai buruh, mak surirumah..semuanya di luar kemampuan kami sekeluarga..tapi kami jaga dia dengan baik..jaga pergerakan, jangan terlalu lasak..berjalan jauh pun tak bagi sebab apa, sebab amat kesian tengok dia bila dia dah penat..muka yang biru, kuku tangan dan kaki hampir warna purple..tahun 2004 HUSM masuk kan tiub ke dalam jantung..untuk lihat sama saiz lubang tu dan saluran ke paru-paru..bila selesai semua tu..adik sy melalui proses yang sama..setiap bulan ulang alik ker HUSM tanpa tujuan yang pasti..cuma periksa tekanan darah, bagi vitamin..itu jer.
Tapi kami tak merungut, siapa kami untuk bercakap lebih2 kan..cuma turuti apa yang doktor arahkan…tahun 2008 seorang doktor cina ade buat surat untuk rujuk kan adik sy kat IJN..dia pesan kat mak..balik tunggu surat dari pihak HUSM untuk datang ker IJN..tapi segalanya berlalu macam tu jer sehinggalah bulan lepas bila doktor yang sama datang, dia terkejut bila mendapati adik Im masih tak jalani pembedahan..Rupanya kes adik sy terlepas pandang lagi atas kelalaian staf HUSM alasan yang diberi surat tu belom siap..
Dari tahun 2008 sehingga 2011 buat satu surat pun tak siap…dalam hari yang sama doktor tu bagi surat dan adik sy patut datang jumpa pakar pada 8 march 2011..tapi kami kena tunggu salinan CD masa masuk kan tiub tahun 2004 tu..tunggu sampai petang tak siap juga…nak burn CD pun berjam-jam..maka mak ngan adik di suruh balik dan hari tu sudah 6 march 2011, esoknya selepas subuh salah seorang adik sy pergi HUSM dan menunggu CD yang tak siap2, sedangkan ayah, mak dan IM sedang tunggu bus untuk bertolak ke KL…tp alhamdulillah, pemandu bus memahami dan tunggu sampai pukul 11 baru bertolak dari machang.
8 march 2011 kami sekeluarga pergi ker IJN, bila nak daftar kena bayar dalam rm 140.00 sedangkan semua surat dah bagi ms daftar..termasuk surat dari jabatan kebajikan masyarkat, tapi tetap kena bayar dan ketika ini baru sy tahu JKM cuma bagi rm 18k..bila dah jumpa pakar, doktor pakar kata adik sy kena masuk tiub seklai lagi sebab dia dah besar, lagi pun dah lama sangt rekod masuk kan tiub dulu, takut lubang tu dah berubah, tak tahu sama ade dah makin besar atau kecil.
Jadi doktor bagi surat untuk daftar masuk wad pada 20 marc 2011 dan nak masuk kan tiub pada 21, sebelom tu kena pergi bayar deposit dalam rm 5K untuk booking wad….ketika inilah sy ulang alik sehingga sy pun lupa berapa kali sy masuk pejabat taksiran untuk bincangkan kos…akhirnya..dapat keputusan..tolak dulu dari kos JKM bagi, walau macam mana pun kena booking tu, kena bg juga dalam rm 100.00..ok la aku ikut jer..bila selesai hal tu..ingat dah boleh balik mcm tu jer..tapi kena selesaikan bil hari tu…keseluruhn bil pada hari tu adalah rm 340.00, dah bayar rm 140.00 tinggal dalam rm 200.00.
Di sebabkan cash pun takder..dah petang dan sy seteguk air pun belom minum..sy ulang alik dr pejabat taksiran dan tolak dari kos JKM bagi tu…21 haribulan adik sy selamat masuk kan tiub, sepatutnya kena tunggu berbulan2 baru boleh cari tarikh untuk buat pembedahan tapi doktor kata adik sy dah tahap kecemasan,
Agak mengejutkan sebab selama ni kami tengok takder perubahan pun..tapi kami gembira juga sebab tak perlu tunggu lagi, bab duit takper, akan usahakan macam mana pun, so doktor kata tak payah balik..stay kat wad dan tunggu minggu depan..mak ngan ayah buat keputusan nak balik kelate dulu..kot2 sempat kerja 4-5 hari, boleh la duit sikit, bila ayah bertolak balik,,, adik sya telefon kena keluar wad nanti ahad ni masuk balik..so 2 hari lepas adik sy keluar wad, ms ni kena bayar rm 3870.00.
Sekali lagi masuk akaun dan akan bincang kemudian..kemarin adik sy kena pergi bersihkan GG sebab nanti kuman dari GG akan masuk jantung. tapi doktor GG kata nak ambik masa satu minggu, bila hantar surat doktor GG ker IJN, doktor pakar kata macam mana pun kena buat cepat..
Dan kos untuk operation tu adalah dalam rm 30k dan itu tak termasuk kos stay kat wad…jadi sekarang sy pun tak pasti brapa kos keseluruhan memang la IJN akan bagi diskaun tapi mereka telah ingatkan macam mana pun kena standby duit juga, nanti Isnin sy dan ayah akan berjumpa setiausaha badan kebajikan masyarakat, ms ni kami di suruh bawa buku kwsp, buku bank , bil elektrik, ic dan bebarapa perkara lagi…
Sy amat berharap adik sy boleh sihat macam orang lain..yer..dia amat suka bola sepak, tiap2 petang akan pergi sekolah tengok kawan2 dia bermain, suatu ketika pernah bola yang di tendang terkena dada, terus pengsan dan stay dalam kecemasan 3 hari.di sekolah dia seorang pengawas, keputusan spm dah tahu..guru besar dah telefon bagitau keputusan dia alhamdulillah..tp takder plok dia bgtau brapa A..apa pun terima kasih semua…doakan adik Im sama yer…
Ikhlas,
Zawiyah Hatip
P.S: Untuk sebarang derma, boleh bank in kepada akaun Maybank Zawiyah binti Hatip di 114589142438. Kalau ingin email saudari Zawiyah, boleh berbuat demikian di [email protected]. Terima kasih.
Update: Sori Abang Nara terlupa nak bagitau yang Abang Nara dah jumpa Zawiyah dan si adiknya ini. Cerita di atas adalah benar dan bukan rekaan ye. Sori terlupa nak tulis part nie. Thanks for the concern. Korang memang best.
Update lagi: Dah letak bukti-bukti yang korang semua nak. So jangan segan-segan untuk membantu ye. Thanks.