Sedia maklum, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan inisiatif pemberian tuala wanita secara percuma dalam masa terdekat dan menurut Menteri Dr Zaliha Mustafa, ia akan bermula di Pejabat Menteri Kesihatan terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, inisiatif tersebut akan dilakukan di sana sebelum diperluaskan ke peringkat lain serta diguna oleh masyarakat.
Susulan pengumuman itu, ramai meluahkan rasa syukur kerana perkara ini akhirnya dilaksanakan juga setelah sekian lama disuarakan di pelbagai platform.
Menteri Kesihatan, Dr @Zaliha_DrZ berkata pemberian tuala wanita percuma akan dilakukan di KKM dan akan dimulakan di tandas pejabat menteri.
“Inisiatif ini kecil, namun impaknya besar,” katanya. #AWANInews pic.twitter.com/htreC4AxhA
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 12, 2022
Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan tindakan Menteri terbabit dengan membuat inisiatif tersebut di Pejabat Menteri dahulu biarpun yang lebih memerlukannya adalah rakyat biasa.
Malah, mereka turut memberi cadangan untuk memulakan inisiatif ini di kawasan perdalaman dahulu, di mana kawasan yang kebanyakkan tidak mampu untuk membeli tuala wanita.
Biarpun ramai meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Dr Zaliha, ada juga netizen berpendapat inisiatif tersebut dilakukan di Pejabat Menteri untuk diberikan kepada kakitangan kontrak B40 di pejabat tersebut.
Sekadar info, Dr Zaliha berpendapat sudah tiba masanya perihal kemiskinan haid (period poverty) dibawa ke peringkat seterusnya dan berbentuk polisi.
Selain itu, kami kongsikana artikel trending pada pautan di bawah.