Korang dah semak status permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ke belum? Bagi yang dah lulus, pembayaran fasa 1 akan diberikan bermula harini secara berperingkat gais.
Bagi kategori isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM300 manakala individu bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah pula akan menerima bantuan sebanyak RM150.
Bayaran bagi kedua-dua kategori ini akan terus dikreditkan ke akaun bank korang nanti dan bagi yang tidak memiliki akaun bank, korang boleh tuntut bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula esok iaitu 25 Februari.
Menurut laporan Harian Metro, pembayaran fasa 1 BPR ini akan dibuat kepada individu yang telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan BPN B40 sebelum ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga berkata yang kerajaan akan sentiasa komited bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
Terdahulu, pembayaran fasa 1 BPR ini sepatutnya dilaksanakan pada bulan Mei dan sekarang telah dipercepatkan pada bulan Februari bagi membantu kelangsungan hidup rakyat.