Bantuan Khas : Penjawat Awam Selangor Nikmati Bonus 2 Bulan

Trending

Bantuan Khas : Penjawat Awam Selangor Nikmati Bonus 2 Bulan

Penjawat awam di Selangor akan menerima bantuan khas  kewangan sebanyak 2 bulan gaji dengan peruntukan sebanyak RM57.25 juta dari kerajaan negeri, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Advertisement

Beliau berkata, pemberian bantuan khas itu bagi membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak.

“Sebagai menghargai kejayaan ini, kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak 2 bulan gaji.

“Pembayaran satu setengah bulan dilakukan pada 1 Julai lalu. Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Azmin berkata bantuan kewangan itu memberi implikasi kepada kerajaan negeri sebanyak RM57.25 juta.

“Pembayaran ini menggunakan peruntukan tahun ini dan dibayar tahun ini,” katanya.

Pada 2016, pembayaran bonus satu bulan setengah gaji itu melibatkan implikasi kewangan RM44.1 juta daripada belanjawan Selangor.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...