Bantuan Kemanusiaan Ke Pantai Timur Oleh IMARET

Hiburan

Bantuan Kemanusiaan Ke Pantai Timur Oleh IMARET

Banjir yang melanda pantai timur Malaysia telah menyaksikan jutaan rakyat Malaysia bangkit bangun dan bekerjasama untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat di dalam bencana ini. Pelbagai NGO turut bekerja keras mengerah tenaga membantu dan memberikan kepakaran mereka. Salah satu daripada NGO tersebut ialah IMARET – Imam Response & Relief Team yang terdiri daripada doktor-doktor seluruh Malaysia.
imaretDengan kerjasama daripada AirAsia, Malindo dan Firefly, IMARET telah berjaya menerbangkan ratusan doktor ke pantai timur terutamanya di Kelantan untuk memberikan bantuan daripada segi perubatan kepada para mangsa banjir. Selain itu IMARET juga telah mengumpulkan bantuan daripada segi barang keperluan asas dengan jayanya di beberapa tempat pengumpulan. Respon yang diterima amat menggalakkan.

imaret

Advertisement

Berikut ialah kenyataan rasmi IMARET mengenai bencana banjir yang melanda kali ini:-
imaret

Buat anda yang ingin menderma, boleh salurkan bantuan kewangan menerusi akaun Maybank Persatuan Perubatan Islam Malaysia 562834623415. Kalau anda merupakan seorang doktor dan mahu terlibat sama dalam misi ini, boleh email ke [email protected]. Maklumat lanjut dan perkembangan terkini boleh layari Facebook IMARET. Teruskan usahamu Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...