Bantu Sahabat Langsai Hutang Ah Long, Lelaki Buat ‘Personal Loan’ RM60,000 Tapi Kawan Buat ‘Dek’ Tak Bayar Semula

Kehidupan

Bantu Sahabat Langsai Hutang Ah Long, Lelaki Buat ‘Personal Loan’ RM60,000 Tapi Kawan Buat ‘Dek’ Tak Bayar Semula

Semoga kita menjadikan cerita individu ini tentang pengorbanannya terhadap seorang insan bergelar sahabat sebagai pengajaran. Perkongsiannya di Facebook meraih perhatian selepas dia mendedahkan kesilapannya kerana terlalu baik hati dan bersangka baik dengan rakan baik.

Cerita individu itu, rakan baiknya itu telah berhutang dengan ah long pada awal tahun lepas namun tidak dapat membayar semula gara-gara bisnes kecil-kecilannya jatuh dan tidak mendatangkan keuntungan.

Advertisement

Pelbagai gangguan dilakukan (ah long) sehingga dia depression. Sebagai rakan dari kecil, tak sampai hati dan saya telah buat personal loan sebanyak RM60,000.

iklan loan ah long

 

Dah bincang ‘repayment’

Meskipun sedar apa yang dilakukannya agak bodoh namun dia berkata akui berniat baik mahu membantu sahabatnya yang sedang memerlukan.

Selepas permohonan pinjamannya diluluskan oleh pihak bank, dia terus berikan wang itu kepada rakannya untuk selesaikan hutang dengan ah long tersebut.

Dah bincang dengan dia (rakan) untuk bayar saya bulan-bulan dengan jumlah sekian-sekian untuk saya bayar kepada bank.

dua kawan bersalaman

 

Kawan buat ‘dek’ je tak bayar

Namun, katanya selepas dibantu sahabatnya itu langsung tidak membayar kembali wangnya seperti yang dipersetujui dan asyik berikan alasan untuk mengelak.

Saya bayar kepada bank seperti biasa kerana saya masih mampu. Sehingga sekarang tiada usaha dilakukan untuk membayar saya walaupun bisnes dia dah okay.

Sehingga ada sedikit perbalahan berlaku. Kepada yang pakar, adakah cara lain untuk kawan saya ini bayar tanpa sebarang argument?

lelaki stres

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hutang taknak bayar
8 months ago

Pinjam Saudara RM6K Tapi Suami Isteri 'Alim' Enggan Bayar Hutang - "Isteri Dia Kata Dalam Islam Tak Wajib Bayar Sebab Aku Tak Solat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...