Bantu Penunggang Motorsikal Dalam Hujan, Tindakan Mulia Pemandu Bas Ini Jadi Bualan Netizen

Trending

Bantu Penunggang Motorsikal Dalam Hujan, Tindakan Mulia Pemandu Bas Ini Jadi Bualan Netizen

Sejak kebelakangan ini, Malaysia mengalami cuaca sejuk akibat angin monsun timur laut dari utara Asia dan Siberia. Sehinggakan suhu mencecah 21 ke 22 darjah celcius dan diikuti hujan lebat pada waktu petang.

Disebabkan hujan lebat yang sering berlaku kini, berlaku satu kejadian yang menyentuh hati di antara seorang penunggang motorsikal ini dan pemandu bas. Nasib malang menimpanya apabila motor yang dinaikinya rosak ketika hujan lebat.

Advertisement

Dibantu pemandu bas

Penunggang motorsikal yang berada dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat itu dibantu oleh pemandu bas ini yang kebetulan berada di situ. Pemandu bas bertindak menumpangkan lelaki itu bersama-sama motorsikalnya yang rosak.

Sikap prihatin pemandu bas itu dirakamkan oleh salah seorang penumpang di dalam bas. Dia kemudiannya menumpangkan penunggang motorsikal itu sehingga tiba di sebuah bengkel motorsikal.

Bimbang tindakan tatatertib

Sebaik sahaja video ini dimuatnaik di media sosial, ramai yang bimbang sikap prihatin pemandu bas ini akan mengundang padah. Bukan sahaja kerana dia membenarkan motorsikal menaiki bas tetapi dia juga tidak mengambil bayaran daripada penunggang itu.

Secara peribadi, walaupun perkara ini baik, sepatutnya jangan rakam dan sebarkan

Please give some compliment to the pakcik. Jangan hukum dia pulak walaupun dia langgar SOP.

Innocent sangat rakam sebarkan video ni. Pak cik tu tolong atas dasar kemanusiaan. Kepada tukang rakam, tak semua perbuatan baik kena raih populariti, fikir sebelum sebar

Macam mana sekalipun, pujian harus diberikan kepada pemandu bas ini di atas keperihatinannya yang sanggup membantu mereka yang dalam kesusahan. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...