Berniat untuk membantu peniaga kecil, personaliti TV dan pengacara terkenal, Datuk Haji Aznil Nawawi mengambil inisiatif untuk menggunakan akaun media sosialnya sebagai platform dalam membantu golongan ini.
Aznil yang dihubungi sebuah media memaklumkan bahawa dia masih lagi membuat servis ulasan makanan secara percuma buat peniaga-peniaga kecil yang berminat untuk mengembangkan dan mengiklankan perniagaan mereka.
View this post on Instagram
Jika ditinjau ke akaun media sosial Instagram Aznil, dia memang sering mempromosikan produk-produk terutamanya makanan daripada pengikutnya secara percuma.
Ya saya masih lagi membuat review makanan dan saya lakukan review itu secara percuma. Tetapi, saya tidak hanya menerima produk atau makanan yang dihantara bulat-bulat. Sebagai contoh, baru-baru ini ada peniaga ingin hantar ketam dan lobster.
View this post on Instagram
Saya katakan kepadanya yang dia boleh hantar produk mengikut kemahuan dia, tetapi saya beli lagi ketam dan lobster ekstra supaya pendapatannya mengalir. Tidaklah dia hantar percuma dan saya juga tidak mahu ambil kesempatan.
Aznil yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil itu juga berkata bahawa dia ingin membantu selagi terdaya dan terus berkongsi rezeki dengan masyarakat di luar sana.
Semoga bertambah murah rezeki Pak Nil ya!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.