Personaliti media sosial iaitu Hafiz Mahamad sememangnya terkenal dengan sifat murah hatinya. Malah usahawan itu langsung tak lokek untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.
Terbaru, lelaki itu dilihat menaja 100 ujian calitan COVID-19 buat penghantar makanan FoodPanda dan GrabFood selain orang lain yang memerlukannya.
View this post on Instagram
Jelasnya, hatinya terdetik untuk berbuat demikian selepas melihat peniaga buah mangga di kawasan lampu isyarat yang membanting tulang dalam terik matahari. Disebabkan oleh kekangan kewangan, sudah semestinya golongan ini agak sukar untuk melalui ujian itu dengan sendirinya.
“Faham sangat, mereka cari rezeki kena keluar & terdedah dengan orang ramai. Mereka pun risau tentang kesihatan, tapi nak buat macam mana. Pampers anak, makan minum keluarga pun perlu ditanggung juga.”
Hafiz juga meluahkan rasa gembira apabila melihat wajah kegembiraan para penghantar makanan tadi. Malah dia juga membeli kesemua mangga yang dijual dengan harapan peniaga itu dapat pulang dan berehat awal hari ini
Baik sungguh kan Hafiz Mahamad?