Bantu Operasi Mencari & Menyelamat, Warga Myanmar Di Malaysia Bagi Kejutan Istimewa Buat Anggota SMART

Kehidupan

Bantu Operasi Mencari & Menyelamat, Warga Myanmar Di Malaysia Bagi Kejutan Istimewa Buat Anggota SMART

Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini Malaysia telah menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi menyertai misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa susulan gempa bumi yang melanda di Myanmar.

Difahamkan, seramai 50 orang anggota dan pegawai SMART serta pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dihantar ke negara berkenaan bagi operasi SAR pada 30 Mac yang lalu.

Advertisement
pasukan SMARTSumber : Harian Metro 

Semalam, sekumpulan warga Myanmar yang berada di sini telah meraikan kepulangan mereka di Subang kerana terhutang budi dengan jasa dan pengorbanan pasukan SMART.

Menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, sekumpulan warga Myanmar begitu teruja dengan melaungkan ucapan terima kasih berkali-kali kepada pasukan itu ketika mereka menunggu di luar Lapangan Terbang Subang.

Beri kejutan tanda terima kasih

Dapat dilihat, mereka menghadiahkan jambangan bunga dan membawa sepanduk ucapan terima kasih untuk pasukan SMART.

Ketika salah seorang anggota SMART sibuk merakam momen itu, tiba-tiba seorang wanita Myanmar meluru ke arahnya lalu mencium dahi anggota berkenaan sebagai tanda terima kasih.

Memetik laporan Malaysia Gazzette, pasukan SMART berjaya mengeluarkan tujuh mangsa termasuk seorang yang masih hidup di bawah runtuhan gempa bumi di Daerah Sagaing, Myanmar sejak Isnin lepas.

3 weeks ago

Sebahagian Negeri Di Malaysia Turut Merasai Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar, Anwar Ibrahim Maklum Sedia Hulur Bantuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...