Bantu Mangsa Kemalangan Tanpa Mengira Bangsa, Gadis Ini Dipuji Netizen

Trending

Bantu Mangsa Kemalangan Tanpa Mengira Bangsa, Gadis Ini Dipuji Netizen

Screen Shot 2016-03-30 at 9.24.31 PM

Dua keping gambar yang memaparkan seorang gadis beruniform putih membantu mangsa menjadi viral di media sosial.

Advertisement

Menerusi Facebook Malaysia Velai Seivor Sangam, kejadian di dalam gambar itu difahamkan berlaku di Sungai Petani Bedong dan gadis itu adalah seorang pelajar di sebuah universiti tempatan.

Laman Facebook itu juga turut memuji biarpun masih belajar, gadis itu dengan berani tampil membantu mangsa kemalangan biarpun berlainan bangsa dan agama.

Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Kartik Tiben menulis : “Semoga kamu dirahmati Tuhan. Terima kasih kerana membantu.

KugAan VeEmah pula berkata : “Saya tabik pada kamu“.

Pengguna Facebook Bensoon Soon pula berkata dia bangga dengan posting seperti ini dan akan berkongsi kisah gadis tersebut.

Posting seperti ini akan saya kongsi di wall dan saya bangga dengannya“.

Selain itu, turut kelihatan beberapa pelajar dari pelajar universiti gadis itu meluahkan rasa bangga di ruangan komen tersebut.

jgn

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...