Dua keping gambar yang memaparkan seorang gadis beruniform putih membantu mangsa menjadi viral di media sosial.
Menerusi Facebook Malaysia Velai Seivor Sangam, kejadian di dalam gambar itu difahamkan berlaku di Sungai Petani Bedong dan gadis itu adalah seorang pelajar di sebuah universiti tempatan.
Laman Facebook itu juga turut memuji biarpun masih belajar, gadis itu dengan berani tampil membantu mangsa kemalangan biarpun berlainan bangsa dan agama.
Di ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Kartik Tiben menulis : “Semoga kamu dirahmati Tuhan. Terima kasih kerana membantu.”
KugAan VeEmah pula berkata : “Saya tabik pada kamu“.
Pengguna Facebook Bensoon Soon pula berkata dia bangga dengan posting seperti ini dan akan berkongsi kisah gadis tersebut.
“Posting seperti ini akan saya kongsi di wall dan saya bangga dengannya“.
Selain itu, turut kelihatan beberapa pelajar dari pelajar universiti gadis itu meluahkan rasa bangga di ruangan komen tersebut.