Bantu Kerajaan Dengan Mengambil Gambar Atau Video Individu Yang Ingkar PKPB

Trending

Bantu Kerajaan Dengan Mengambil Gambar Atau Video Individu Yang Ingkar PKPB

Usaha orang ramai dalam membendung penularan pandemik COVID-19 di negara kita nampaknya membuahkan hasil apabila kita berjaya mengurangkan kes ke tahap yang terkawal. Oleh itu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei hari ini.

Bagaimanapun, orang ramai diingatkan untuk terus mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah dinyatakan dalam PKPB bagi memastikan kes COVID-19 di negara kita sentiasa dalam keadaan terkawal.

Advertisement

Baca: Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi Oleh Syarikat Yang Beroperasi Semasa PKPB

Dalam memastikan usaha ini berjalan dengan lancar, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menyeru kepada orang ramai yang bukan sahaja anggota beruniform untuk membantu kerajaan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mana-mana pihak didapati melanggar SOP.

Difahamkan, rakyat Malaysia juga boleh mengambil gambar atau video sebagai bukti sekiranya hendak membuat laporan bagi memudahkan urusan siasatan pihak berkuasa.

“Kalau boleh ambil gambar, kalau ambil video lagi bagus. Lebih terbukti apa yang dilaporkan.”

rapidkl

Gambar hiasan

Laporan tersebut boleh dilakukan di balai-balai polis terdekat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti majlis daerah, majlis perbandaran dan lain-lain.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat aduan menerusi talian bebas tol Majlis Keselamatan Negara di nombor 88882010 atau MyGCC di talian 80008000. Kedua-dua talian tersebut boleh dihubungi sepanjang masa dan beroperasi selama 24 jam sehari.

Walaupun kita buka, mereka masih tertakluk kepada SOP. Jika ada pelanggaran SOP, kita akan tutup premis yang melanggar SOP tersebut.

Sebanyak 24,081 individu telah ditangkap kerana ingkar arahan PKP sejak ia dikuatkuasa 18 Mac lalu.

Terkini, kerajaan telah mewajibkan pekerja warga asing di semua sektor termasuk pembinaan, perkilangan dan komersial untuk menjalani saringan kesihatan COVID-19. Syarikat juga perlulah menampung kos saringan kesihatan tersebut. Kerajaan juga dikatakan akan membuat penutupan premis serta merta jika terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja.

Sumber:(1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...