Bantu Dapatkan Zuriat, Anda Kini Boleh Keluarkan Duit KWSP Untuk Jalani Rawatan Kesuburan

Trending

Bantu Dapatkan Zuriat, Anda Kini Boleh Keluarkan Duit KWSP Untuk Jalani Rawatan Kesuburan

Seakan menjadi satu bebanan besar buat pasangan andai diuji dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Namun begitu, andai mempunyai rawatan sekali pun, pasti kos yang diperlukan agak tinggi.

Bagaimanapun, orang ramai kini bagai mampu menghembus nafas lega selepas Pengerusinya Tan Sri Datuk Seri Ahmad Badri Zahir, mengumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telah melancarkan pengeluaran kesihatan terbaharu bagi rawatan tersebut, semalam.

Advertisement

Katanya, selain membantu usaha kerajaan menangani trend penurunan kadar kesuburan yang berterusan, ia bertujuan membantu pasangan yang menghadapi cabaran untuk mendapatkan cahaya mata

“KWSP membenarkan ahli yang layak membuat pengeluaran bagi rawatan kesuburan bermula 1 September lalu. Melalui pengeluaran itu, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan dalam akaun dua untuk membiayai kos rawatan mendapatkan cahaya mata,” katanya.

Dedahnya lagi, ia merupakan sebahagian tanda sokongan KWSP kepada pasangan yang ingin mendapatkan rawatan tetapi menghadapi kekangan kewangan kerana kos yang tinggi.

“Ahli boleh membuat pengeluaran beberapa kali yang diinginkan tertakluk kepada baki simpanan akaun dua mereka,” tambahnya.

Sumber: GempakHarian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...