Bantu Capai Sasaran Tahunan, Bos Syarikat Kabinet Belanja Percutian Atas Kapal Carribean

Trending

Bantu Capai Sasaran Tahunan, Bos Syarikat Kabinet Belanja Percutian Atas Kapal Carribean

Bos sebuah syarikat menjual kabinet di Waterloo menggembirakan kesemua 800 pekerjanya apabila mengumumkan membawa mereka ke Caribbean dengan menaiki kapal mewah.

Advertisement

Pekerja-pekerja di Bertch Cabinets dapat menikmati pengalaman percutian ke Caribbean bulan depan, kata syarikat itu di laman Facebooknya.

“Kita akan pergi pada 8 Januari ini”, kata presiden syarikat itu, Gary Bertch.

“Kita akan diterbangkan oleh empat pesawat sewa ke Miami pada Ahad dan akan tinggal di hotel lima bintang. Kemudian pada Isnin, kita akan naik bas dari hotel ke pelabuhan sebelum berlepas”.

Bertch memberitahu pekerjanya bahawa percutian ini merupakan satu ganjaran kepada mereka kerana membantu syarikat terbabit mencapai sasaran untuk tahun itu.

“Kita sangat gembira kerana boleh mencapai sasaran. Dan ia bukannya mudah. Lebih-lebih lagi sasaran kewangan. Kita juga mencapai sasaran lain, biarpun tidak banyak. Diharap kejayaan ini dapat dicapai sekali lagi tahun hadapan.”, katanya.

Sumber :  CNN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...