May 6th, 2020

Menerima surat penghargaan daripada Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas sumbangan yang diberikan kepada pasukan berkenaan, pengacara dan pelakon popular tempatan, Scha Alyahya zahir rasa teruja.

scha alyahya surat penghargaan pdrmKredit – Harian Metro

Scha dan suaminya Awal Ashaari seakan terpanggil untuk membantu barisan hadapan iaitu anggota polis dan tentera dalam membanteras rantaian COVID-19.

Menuris laporan Harian Metro, pasangan ini mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan anggota berkenan bagi menghulurkan sedikit sumbangan.

awal ashaari, scha alyahya

“Mungkin sebelum PKP, hubungan kita sebagai masyarakat tidaklah terlalu erat dengan polis dan tentera. Jadi, saya dan Awal mengambil inisiatif untuk bertemu sendiri dengan mereka dan hulurkan sedikit sumbangan,” katanya

Namun menurut Scha, selain tidak mahu timbul salah faham di media sosial, kedua dua mereka enggan memberitahu mengenai sumbangan apa yang diberikan malah beliau dikhabarkan segan untuk berkongsi berkenaan perihal tersebut di laman sosialnya.

scha alyahya awal ashaari

“Biarlah kami tahu apa yang kami lakukan. Segan juga untuk kami kongsikan di media sosial kerana tak mahu ada pihak salah faham,” tambahnya.

Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir, kerjasamanya bersama pasukan barisan hadapan mungkin akan diteruskan lagi biarpun PKP sudah tamat.

Untuk rekod, selain pasangan Scha dan Awal atau lebih mesra disapa Schawal, Dato’ Aaron Aziz, Zul Yahya dan Zarina Anjoulie juga merupakan antara selebriti tempatan yang tidak lekang menghulurkan bantuan sepanjang tempoh PKP ini.

Sumber: Harian Metro


One response to “Bantu Anggota Barisan Hadapan, Scha Alyahya Terima Penghargaan PDRM”

  1. Zack says:

    Attention seeker si idung kembang bodoh ni. Org industri tau le mcm mana celaka nye perangai berlagak si kembang ni ngan laki bodoh dia. Nak bagi bantuan pon nak kecoh2… bangang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...