Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bantu Ahli Keluarga Dalam Kesusahan, Elfira Sanggup Habiskan Semua Duit Simpanan

Elfira Loy dan keluarga

Pelakon yang kini bergelar usahawan sambal, Elfira Loy memberitahu dia merupakan seorang yang mementingkan kebahagiaan keluarga sebagai keutamaan.

Elfira LoySumber : Instagram Elfira Loy  

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata, dia tidak kisah membelanjakan kesemua duitnya jika ada dalam kalangan ahli keluarganya yang ditimpa kesusahan.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Ujar pelakon telefilem Kum Kum ini lagi, dia percaya bahawa segala kemewahan yang dimiliknya hari ini bukanlah hak miliknya yang mutlak.

View this post on Instagram

A post shared by @elfiraloy

Advertisement

“Kebahagiaan keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada RM100, El bagi RM100 semua pada mereka. El lagi sanggup tak ada duit dari tengok orang lain tak ada duit. Sebab El sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia.”

Menerusi hantarannya itu, dia turut berkongsi sebuah video pendek momen istimewa ketika menyambut hari kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac yang lalu.

View this post on Instagram

A post shared by @elfiraloy

Perkembangan terkini, ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf itu kini sedang rancak mempromosikan sambal buatan tangan di samping menguruskan rumah tangga yang dibinanya bersama suami, Faris Khairul Anuar sejak bernikah pada Januari 2019 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top