[note] Peluang anda untuk menang 10 Astro PVR dan percutian ke Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Caranya tersangat senang. Cuma perlu tinggalkan komen di blog post Nuffnang ini. Kalau anda adalah 10 orang yang dishortlist, Astro PVR akan menjadi milik anda PERCUMA[/note]
Tahun 2010 sudah pun meninggalkan kita semua.. Semestinya 2010 banyak kenangan manis dan pahit untuk kita semua. Untuk Abang Nara, ada beberapa azam tahun 2010 yang hanya tinggal impian. Tak sempat nak merealisikan azam tersebut. Mungkin tahun 2011 ini impian-impian tersebut bakal tercapai. Antara azam yang tak sempat ditunaikan ialah:-
1. Membeli dan memandu BMW 3 Series. Sebenarnya inilah kereta pujaan Abang Nara. Pertama kali saya melihat kereta ini, terus meleleh air liur dan mata terus berhenti berkelip. Lagipun saya dapat rasakan kekacakan saya akan naik 90% apabila memandu BMW 3 Series. Tapi tak apa. Buat masa ini saya masih berpuas hati dengan Myvi hitam special edition.
2. Menjadi suami kepada si dia di dalam gambar di atas. Ini antara cita-cita dan azam yang paling tertinggi. Tapi tak apa, tahun 2010 adalah satu tahun yang baik buat saya kerana telah bergelar tunang orang. At least sudah ada perancangan ke arah membina masjid. Bulan 6 tahun 2011 azam untuk memegang status sebagai seorang suami pastinya akan tercapai jua. (doakanlah ye)
3. Ada anak sendiri. Ini adalah kesinambungan dengan azam nombor 2 di atas. Apabila anda sudah berumur 27 tahun seperti saya, naluri seorang ayah akan membuak-buak di dalam hati ini. Nasib baiklah ada 3 budak comel anak abang saya yang mampu menzahirkan naluri kebapaan ini. 3 budak comel dan nakal ini kadang kala membuatkan saya terfikir mampukah saya bergelar seorang ayah?
4. Tengok TV rancangan kegemaran sampai lebam setiap malam dan setiap hujung minggu. Memang nampak macam satu azam yang simple dan tidak masuk akal, tetapi tahukah anda yang menonton televisyen adalah satu terapi stress yang baik. Sayangnya dengan kehadiran 3 budak nakal di atas, setiap hari channel TV yang akan dibuka tak lain tak bukan ialah Astro Ceria. Maka jawabnya memang tak ada canlah saya nak tengok cerita feveret saya.
[note]Update: Kini anda semua, pembaca BeautifulNara boleh menang 10 Astro PVR dan percutian ke Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Caranya tersangat senang. Cuma perlu tinggalkan komen di blog post Nuffnang ini. Kalau anda adalah 10 orang yang dishortlist, Astro PVR akan menjadi milik anda PERCUMA[/note]
Setakat hari ini, sudah hampir seratus komen yang telah dicatatkan di blog Nuffnang tersebut. Pastikan komen anda tue menerangkan bagaimanakah kalau dengan adanya Astro B.yond PVR hidup anda boleh berubah. Mesti banyak idea kan?
Contoh komen yang dah ada ialah:-
[note]Kini saya tidak lagi berebut dengan adik-beradik yang lain even dengan ayah pun saya dah tidak kisah jika rancangan saya bersiaran sama waktu dengan mereka. Saya cuma perlu merekod rancangan kegemaran saya agar saya tidak terlepas menontonnya.. WAH bestnya dan hubungan kami pun jadi Okay sangat tanpa perlu bergaduh atau kena mengikut jadual sahaja sekarang ini.. bagai mimpi jadi kenyataan lah [/note]
Takkan korang semua tak boleh buat komen lagi hebat daripada komen kat atas tue? Tunggu apa lagi? Abang Nara tau korang lebih kreatif dan otak gila-gila. Inilah peluang anda untuk mendapatkan Astro B.yond PVR percuma di rumah anda.(free PVR set dan free langganan selama 1 tahun)
Pastikan anda  juga merajinkan diri untuk berkunjung dan berinteraksi dengan Twitter Astro, Facebook Astro dan di laman web Astro B.yond untuk info terkini.
Good luck dan all the best dari Abang Nara.