Bantah Kahwin Usia Muda, Kalau Mereka Berzina Salah Siapa?

Trending

Bantah Kahwin Usia Muda, Kalau Mereka Berzina Salah Siapa?

Nik-Mazian-Nik-Mohamad1

Ahli Parlimen PAS, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad mempertahankan cadangan beliau supaya kerajaan tidak meletakkan had umur untuk pasangan berkahwin bagi mengelakkan hubungan seks luar nikah dan seks bebas oleh remaja yang ‘berkeinginan’.

Advertisement

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, cadangan itu berlandaskan hukum Islam yang tidak menghadkan umur mana-mana pasangan untuk berkahwin.

Dengan syarat perkahwinan itu juga perlul mendapat izin daripada wali dengan nait untuk mengelak berlaku seks luar nikah, katanya.

Saya mempertahankan cadangan saya, sebab itu sudah termaktub dalam hukum Islam, yang penting perkahwinan itu mendapat persetujuan wali dan keinginan pasangan itu sendiri, malah Islam juga tidak meletakkan had umur untuk kahwin dan yang belum baligh pun boleh kahwin.

“Kalau mereka sudah berkeinginan nak kahwin, kalau dihalang dan mereka melakukan zina siapa yang perlu bertanggungjawab? Mereka akan salahkan wali dan salahkan kerajaan.

“Kalau kita tidak benarkan berkahwin awal itu seolah mengalakkan zina, zina akan berleluasa, jumlah anak luar nikah akan meningkat, kes buang bayi juga bertambah, jadi siapa yang nak bartanggungjawab?,” katanya, seperti lapor FMT.

Menjawab kritikan yang dilempar segelintir pihak yang mendakwa perkahwinan muda membawa masalah kepada ekonomi rumah tangga dan pendidikan anak, Nik Mazian berkata segala tanggungjawab itu perlu digalas wali sementara pasangan itu dewasa.

“Bila pasangan itu tidak mampu untuk laksanakan tanggungjawab, ekoran terlalu muda, maka tanggungjawab itu perlu dipertanggungjawabkan kepada wali sehingga pasangan itu dewasa dan mampu berdikari sendiri, kerana apa yang penting masalah zina itu dapat dielakkan.

“Islam buat hukum untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah, kenapa nak bising, seolah berfikiran macam orang jahiliah, kalau fikir macam itu (tak boleh kahwin muda) susahlah, tuhan bagi mudah kita buat payah,” katanya lagi.

Undang-Undang Keluarga Islam meletakkan syarat umur minimum perkahwinan 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu, manakala undang-undang sivil menetapkan umur minimum 18 tahun untuk untuk lelaki dan perempuan berkahwin.

Isu perkahwinan bawah umur minimum kembali menjadi perbualan apabila Nik Mazian mencadangkan supaya perkahwinan umur minimum 16 tahun atau ke bawah digalakkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...