“Bankrup Saya Kalau Nak Beli Abaya Untuk Semua Babak, Sepasang Dah Cecah Hingga RM500” – Haneesya Hanee

Hiburan

“Bankrup Saya Kalau Nak Beli Abaya Untuk Semua Babak, Sepasang Dah Cecah Hingga RM500” – Haneesya Hanee

Melalui laporan sebuah portal hiburan, pelakon, Haneesya Hanee dikatakan sudah melupakan isu layanan buruk oleh sebuah butik pakaian ketika dirinya berhasrat untuk memohon tajaan bagi wardrobenya untuk drama Aku Bukan Ustazah musim 2.

Boleh ‘bankrup’ beli jumpa banyak-banyak

Kata Haneesya, niatnya mahu meminta tajaan kerana secara tidak langsung dia boleh mempromosikan pakaian tersebut ketika tampil di dalam drama berkenaan.

Advertisement

Mustahil untuk saya beli baju abaya sendiri sebab banyak babak dalam drama ini perlu pakai abaya. ‘Bankrup’ saya kalau nak beli baju abaya untuk semua babak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Menurut pelakon itu, sepasang baju jubah sudah mencecah hingga RM500, jadi banyak wang yang perlu dikeluarkan jika tidak ada tajaan.

‘Win-win situation’

Bersyukur dengan rezeki yang diberi, Haneesya yang memegang watak Sally berkata banyak butik yang sudi menajanya selepas isu sebelum ini tular.

Saya cuma kesal dengan layanan yang diberikan, mungkin orang itu tidak tahu untuk kegunaan sebenar. Niat saya cuma mahu bantu baju dia masuk TV sahaja. Apa pun saya sudah lupakan perkara itu, tiada mana-mana pihak pun yang salah.

Haneesya hani sponsor baju biadab
7 months ago

"Kami Tak Kenal Dia, Pakai Baju Tutup Aurat Dapat Pahala" - Haneesya Hani Berang Dilayan Biadab Oleh Sebuah Jenama Pakaian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...