Bank Tiada Duit? Pengurus Dimalukan Depan Orang Ramai

Trending

Bank Tiada Duit? Pengurus Dimalukan Depan Orang Ramai

Satu akaun facebook milik Mohamad Wan Yusuf menjadi tular kerana telah memuat naik 2 video mengenai satu insiden yang berlaku di Maybank cawangan Kudat, Sabah.

Advertisement

Video yang berdurasi selama 5.07 minit dan 1.20 minit itu merupakan rakaman mengenai seorang pelanggan yang kononnya tidak berpuas hati dengan tindakan pihak bank kerana tidak membenarkan dia mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM 500,000. Pelanggan tersebut ‘menyerang’ pekerja termasuk pengurus cawangan Kudat itu dan mengatakan yang bank tak ada duit kerana tidak dapat memenuhi kehendaknya.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut yang bertindak tidak sopan terhadap pekerja-pekerja bank tersebut dan sanggup merakam serta memuat naik video tersebut menggunakan ‘fake account’ hanya untuk memviralkannya. Netizen juga megatakan yang pelanggan berkenaan tidak mengetahui prosedur sebenar berurusan dengan bank jika ingin mengeluarkan jumlah wang yang besar.

 

Memandangkan masih ada yang tidak tahu tentang prosedur pengeluaran wang simpanan di kaunter bank, sebenarnya jumlah had maksimum pengeluaran biasanya berbeza untuk setiap bank. Mulai 1 Julai 2017, pengeluaran atau transaksi yang melebihi RM 10, 000.99 perlu melalui proses ‘Purpose of Payment atau menerangkan tujuan pengeluaran dan pembayaran tersebut. Prosedur ini diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia.

Had maksimum pengeluaran wang:

Maybank

Had pengeluaran maksimum di ATM ialah RM 5000 manakala di kaunter pula hadnya ialah RM 25, 000. Tetapi jika pelanggan ingin mengeluarkan lebih dari jumlah maksimum, mereka perlu pergi ke cawangan utama daerah berkenaan.

Tabung Haji

Untuk Tabung Haji pula, had pengeluaran maksimum untuk akaun simpanan ialah RM 10,000 dan untuk jumlah pengeluaran yang lebih perlu dibuat di Ibu Pejabat TH dan TH cawangan melalui cek atau telegraf.

CIMB

Bagi CIMB pula, had pengeluaran untuk sehari melalui mesin ATM ialah RM 10,000 sahaja dan pengeluaran boleh dibuat sebanyak 7 kali sehari. Untuk pengeluaran lebih RM 10,000, pelanggan diminta untuk merujuk ke cawangan bank berdekatan.

RHB Bank

Had pengeluaran maksimum untuk RHB Bank ialah ditetapkan sebanyak RM 3000 sehari menggunakan mesin ATM, tetapi anda bole menukar had pengeluaran bermula dari RM 1000 sehingga RM 5000. Untuk penukaran had pengeluaran, anda boleh rujuk ke cawangan RHB Bank yang terdekat.

Kesimpulannya, sebelum melakukan atau memviralkan sesuatu, kita perlulah membuat kajian terlebih dahulu supaya tidak memalukan mana-mana pihak mahupun diri sendiri. Salute juga untuk pengurus berkenaan yang tidak cepat melenting dan dapat menghadapi situasi dengan tenang serta profesional.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...