Bank Perlu Bayar Balik Duit Mangsa ‘Scam’ Sekiranya Terbukti Punca Kecuaian – PM

Berita

Bank Perlu Bayar Balik Duit Mangsa ‘Scam’ Sekiranya Terbukti Punca Kecuaian – PM

Dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak bank perlu membayar semula mangsa scammer sekiranya didapati ia berpunca daripada kecuaian institusi terbabit.

Tambah Perdana Menteri, perkara berkenaan tertakluk dalam peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) Akta 593.

Advertisement

Kalau dikenal pasti kecuaian bank, bank akan bayar. Umpamanya setakat ini, mengikut Seksyen 413, KTJ, 138,407 (wang milik mangsa scam) sudah dipulangkan, maknanya ada (yang sudah dapat balik wang mereka).

Ulas Anwar lagi, sekiranya bank didapati tidak memantau mengikut peraturan, institusi itu perlu membayar ganti rugi.

Jadi, saya setuju prinsip sebagaimana dipakai di United Kingdom (menetapkan bank bayar ganti rugi jika cuai) terpakai di sini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar turut menambah, kerajaan akan mengkaji supaya tanggungjawab pihak bank diperketatkan selain mempertimbangkan untuk wujudkan satu Rang Undang-Undang khusus bagi melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penipuan.

Dalam kajian yang dibuat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), kerajaan juga akan mengkaji supaya diperketatkan agar pihak bank turut bertanggungjawab sekiranya didapati tidak benar-benar cermat dalam memantau dan memastikan peraturan dipatuhi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita dakwa ditipu bapa penyanyi popular
3 weeks ago

Wanita Dedah Jadi Mangsa 'Scam' Bapa Kepada Penyanyi Popular, Alami Kerugian RM106K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...