Bank Negara Malaysia Perkenal Wang Kertas RM600 Dan RM60, Terhad Untuk 6,000 Keping

Trending

Bank Negara Malaysia Perkenal Wang Kertas RM600 Dan RM60, Terhad Untuk 6,000 Keping

Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Penandatanganan Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Wang kertas peringatan ini telah dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Advertisement

Difahamkan, wang kertas ini dikeluarkan sebagai tanda memperingati Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada tahun 1957.

Wang kertas peringatan ini juga menjadi simbolik kepada penghormatan Majlis (kemudian dipanggil Persidangan) sumbangan Raja terhadap pencapaian kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957.

Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan ditandatangani oleh Majlis Raja-Raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Yang Tinggi Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu yang mewakili Ratu Elizabeth II.

Perjanjian itu menjadi bukti perlembagaan bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Spesifikasi wang kertas adalah seperti berikut:

1. Wang Kertas RM600

Mempunyai nilai sebanyak RM600 dan akan dijual pada harga RM1,700 sekeping. Kuantiti dicetak adalah 6,000 keping sahaja.

2. Wang Kertas RM60 3 Dalam 1

Wang kertas yang belum dipotong ini mempunyai nilai sebanyak RM180 dan akan dijual pada harga RM500 sekeping. Kuantiti dicetak adalah 6,000 keping sahaja.

3. Wang Kertas RM60 Sekeping

Wang kertas tunggal ini mempunyai nilai sebanyak RM60 dan akan dijual pada harga RM120 sekeping. Kuantiti bercetak adalah 60,000 keping sahaja.

Nota: Harga yang dinyatakan termasuk GST.

Reka Bentuk

Reka bentuk yang dibuat berdasarkan kepada tema “Raja Payung Kedaulatan Negara”.

Wang kertas peringatan ini adalah wang kertas peringatan pertama yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia pada substrat komposit, gabungan substrat polimer dan kertas yang menawarkan ciri keselamatan lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih lama.

Wang kertas ini juga dicetak lebih besar, berdasarkan nilai muka.

Belakang

Melambangkan Malaysia sebagai monarki perlembagaan, ditempatkan di tengah-tengahnya adalah takhta kerajaan yang dikelilingi oleh potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang telah memerintah dari 1957 hingga sekarang.

Reka bentuk yang diilhamkan itu diilhamkan oleh bulan sabit dan sebuah bintang persekutuan 14-tajam yang dipaparkan di atas kepala diraja.

Dibuka Untuk Jualan

Wang kertas ini tersedia untuk tontonan umum bermula hari Khamis pada 21 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Untuk memberi peluang dan adil kepada orang ramai membeli wang kertas edisi terhad ini, ada had belian yang telah ditetapkan (sekeping RM600, satu set Uncut 3-in-1 RM60 dan lima helai RM60 setiap seorang).

Bagi memudahkan kepada yang berminat untuk membelinya, orang ramai boleh membuat tempahan secara online dari 5 Januari 2018.

Sekiranya berlaku “oversubscription”, pengundian akan dibuat. Wang kertas dengan nombor siri khas ini akan dijual secara lelongan awam pada 10 Mac 2018.

Sumber : Bank Negara Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...