Bank Negara Malaysia: Harga Rumah Di Malaysia Tidak Mampu Milik

Trending

Bank Negara Malaysia: Harga Rumah Di Malaysia Tidak Mampu Milik

Dalam laporan bertajuk “Rumah Mampu Milik: Cabaran Dan Penyelesaian” yang diterbitkan pada Rabu bersama laporan ekonomi negara suku keempat 2017 menyatakan harga rumah di Malaysia pada masa ini berada di tahap yang sangat tidak mampu milik oleh rakyat Malaysia.

Advertisement

Menurut piawaian antarabangsa, ‘rumah mampu milik’ ditakrifkan sebagai rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Sebaliknya, harga rumah di Malaysia lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan, sekaligus menjadikannya sangat tidak mampu milik.

Menurut BNM, harga median rumah di Malaysia dicatatkan pada RM313,000 berbanding harga maksimum mampu milik sebanyak RM282,000.

“Hasil daripada ketidakpadanan bekalan-permintaan yang serius ini, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua 2017, meningkat dari 130,690 unit pada suku pertama 2017.

“Pada suku kedua 2017, hampir 82% kediaman tidak terjual berharga lebih RM250,000,” kata BNM.

BNM juga menyatakan tiga faktor utama menyumbang kepada situasi kediaman tidak terjual.

Pertama, ketidakpadanan bekalan dan permintaan.

“Secara purata dari 2014-2016, sebanyak 114,000 rumah baru dibina, jauh lebih rendah dari pembentukan 154,000 isi rumah baru,”

Kedua, lebih banyak kediaman baru dibina pada harga yang tidak mampu milik.

“Dari 2016 hingga suku pertama 2017, 35 peratus isi rumah Malaysia mampu membeli rumah berharga sehingga RM250,000, namun hanya 24 peratus dari rumah baru dibina dengan harga tersebut,”

Ketiga, pendapatan rakyat Malaysia yang meningkat lebih perlahan berbanding peningkatan harga rumah.

“Dari 2007 ke 2016, harga rumah meningkat 9.8 peratus, sementara pendapatan isi rumah rakyat Malaysia hanya meningkat 8.3 peratus.”

Bagi menyelesaikan isu rumah tidak mampu milik di Malaysia ini, BNM turut menggariskan lima cadangan yang boleh dipertimbangkan pihak berkaitan.

– Menubuhkan pangkalan data bagi mengumpul maklumat dan keperluan pembeli
– Meningkatkan kadar celik kewangan rakyat
– Menggalakkan amalan menyewa rumah kediaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...