Dalam hanya beberapa minggu lagi, umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dan pastinya ramai yang ingin menukar wang untuk diberikan sebagai duit raya kepada sanak saudara.
Terbaru, aplikasi BIMB memperkenalkan ciri khas sempena Hari Raya dengan menawarkan perkhidmatan penukaran duit raya kepada pengguna Bank Islam.
Menggunakan aplikasi BIMB, pengguna boleh melakukan permohonan pertukaran wang dan seterusnya mendapatkan duit raya dalam tukaran yang diinginkan.
Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan tersebut.
- Pergi ke aplikasi BIMB dan pergi ke menu khusus ‘Jom Tukar Duit Raya’.
- Klik butang ‘Mula’, isi borang dan pilih cawangan pilihan korang.
- Pilih berapa jumlah wang yang hendak ditukar dengan kadar minimum RM100.
- Nantikan pengesahan melalui e-mel sebelum ke cawangan berdekatan untuk mengambil duit raya.
Walau bagaimanapun, pengguna BIMB disarankan untuk membuat keputusan tepat kerana permohonan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja.
Untuk makluman, tempahan ‘Jom Tukar Duit Raya’ ini sudah boleh mula dibuat sehingga 14 Mac 2025.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.