Keadaan banjir yang kini melanda beberapa buah negeri di Malaysia sememangnya menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat, tambahan pada mereka yang sedang mengalaminya kini.
Malah, banjir kali ini dilihat turut melanda beberapa buah negeri yang sebelum ini tidak pernah dilanda musibah sedemikian.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa selebriti yang tampil meluahkan rasa risau melihat keadaan banjir yang semakin membimbangkan termasuklah artis tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Manakan tidaknya, kampung Siti yang terletak di negeri Pahang merupakan salah satu lokasi yang teruk dilanda banjir.
Siti dilihat tampil menzahirkan kerisauannya di ruangan Instagram dan turut memohon doa orang ramai agar keadaan di semua negeri yang terjejas akibat bencana alam itu dapat pulih dengan secepat mungkin.
View this post on Instagram
“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan kenderaan juga terkandas. Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak kemana-mana. Keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan.”
Ujar Siti lagi, dia turut susah hati mengenangkan keadaan keluarganya yang berada di Kuala Lipis, Pahang dan tidak putus memohon doa agar semuanya dilindungi Allah S.W.T.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut meminta masyarakat di luar sana agar terus memohon agar ujian tersebut dapat dilalui dengan tenang dan tabah buat mereka yang menghadapinya.