Banjir Kilat Di Kajang Dan Hulu Langat, Kucing Peliharaan Menjadi Mangsa Yang Terkorban

Trending

Banjir Kilat Di Kajang Dan Hulu Langat, Kucing Peliharaan Menjadi Mangsa Yang Terkorban

Hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang dan Hulu Langat dinaiki air. Antara lokasi terjejas dengan insiden banjir kilat malam tadi termasuk Taman Indah, Sungai Chua, Jalan Mendaling, Kajang, Jalan Reko, Taman Sri Indah, Taman Sri Reko, Taman Pasir Emas, Desa Bunga Raya, Taman Kajang Baru dan Sri Kajang.

Beberapa mangsa yang terkandas di kediaman masing-masing kemudian diselamatkan menggunakan bot pantas MPKj. Semua mangsa dipindahkan ke dua dewan serbaguna sementara iaitu di Dewan Kampung Baru Sungai Chua dan Dewan Taman Mesra.

Advertisement

Tidak terlepas daripada musibah ini, kucing peliharaan penduduk setempat turut menjadi mangsa di dalam kejadian banjir kilat ini. Menurut perkongsian Asrol Adizar di laman Facebooknya, kucing peliharaannya tidak dapat diselamatkan dan terkorban manakala selebihnya hilang tanpa dikesan.

“Joker, Goblin, Putih, Dik Chik dan Baby Boo terkorban. Jagger dan Manja hilang tanpa dapat dikesan. Separuh gila saya dibuatnya.”

kucing

“Dugaan paling perit. Selama ni biasa tengok kejadian-kejadian banjir yang berlaku kat mana-mana, pantas mulut mendoakan agar urusan mangsa musibah tu dipermudahkan urusan. Tapi bila kali ni terjadi pada diri sendiri. Hanya Allah yang tahu betapa peritnya rasa.”

Dia turut berkongsikan video keadaan sekitar yang melanda rumahnya. Air banjir dilihat berada pada paras yang agak tinggi sementara beberapa kucing dan anjing berada di rumahnya untuk diselamatkan.

Menurutnya, banjir kilat kali ini berlaku ketika dia tiada di rumahnya dan menyebabkan dia tidak dapat menyelamatkan beberapa kucing peliharaannya. Ini juga merupakan banjir kilat paling teruk pernah melanda kawasan perumahannya itu sepanjang tiga tahun dia menetap di sana.

“Pagi nanti nak sambung kemas semua ni. Segalanya rosak. Owner kucing-kucing yang terkorban pun saya dah bagitahu. Saya faham mereka turut bersedih, this is really unexpected event.”

Pada pukul 8.30 malam tadi, kebanyakan tempat banjir dilihat sudah mulai surut. Walau bagaimanapun, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga. Turut dimaklumkan, memaklumkan tiga pusat pemindahan sudah dibuka iaitu di Dewan Sungai Sekamat, Balai Raya Batu 10 Cheras dan Balai Raya Kampung Batu 13.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...