Banjir Di Pulau Pinang Akibatkan Banyak Jalan Utama Lumpuh

Trending

Banjir Di Pulau Pinang Akibatkan Banyak Jalan Utama Lumpuh

Kita dikejutkan dengan banjir yang melanda pulau pinang pada pagi hari ini. Banjir ini merupakan kesan dari angin taufan yang datang dari Vietnam. Menurut info yang kami dapat, keadaan hujan semakin reda di Pulau Pinang ketika ini. Pada petang jumaat, dikatakan hujan lebat membanjiri Pulau Pinang dan menyebabkan beberapa laluan utama terkandas.

Advertisement

Berikut merupakan beberapa keping gambar keadaan di Pulau Pinang sekitar petang tadi. Menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut. Tahap kedalaman air di beberapa kawasan di Timur Laut telah mencecah 0.6 meter namun setakat 9 pagi ini tiada pusat pemindahan dibuka.

Merikut merupakan gambar sekitar jalan Bukit Lama yang megalami kesesakan kerana pokok tumbang. 2 daripada 3 jalan ke Balik Pulau telah terputus akibat pokok tumbang. Hanya tinggal laluan Bukit Baru yang masih selamat digunakan. Menurut info juga, kerja kerja pembersihan telah dijalan di Teluk Bahang manakala jalan di Teluk Kumbar/Balik Pulau telah dibersihkan pada petang tadi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...