Raja Dangdut Malaysia yang kini bergelar seorang pendakwah, Iwan Syahman memandang serius dakwaan segelintir pihak fanatik agama yang mengatakan bencana banjir dihadapi rakyat Malaysia sebagai balasan daripada Allah SWT.
Menurut Iwan, apa yang sudah berlaku itu merupakan ujian daripada Ilahi dan pasti mempunyai hikmah yang sudah tertulis di sebaliknya.
Tapi, jangan kita lupa dan alpa bahawa setiap apa yang terjadi juga berpunca daripada tangan-tangan kita (manusia) itu sendiri.
Iwan turut memberitahu bahawa adalah penting untuk manusia melakukan perintah Allah dan meninggalkan perkara dilarang-Nya sebagai orang muslim dan demi mendapat keberkatan hidup.
Tambah Iwan, kita perlu berbalik kepada perintah Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW jika mahu capai apa-apa kejayaan dan hilangkan segala bentuk bencana.
Tanya diri adakah kita jaga hubungan sesama makhluk.
Hal tersebut adalah kerana, jika buat dosa dengan Allah, Dia Maha Pengampun namun jika dosa dengan mahkluk, sampai kiamat kita perlu cari dan memohon ampun dengan makhluk tersebut.
Iwan atau nama lengkapnya Wan Syahman Wan Yunus memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pernikahan anaknya, Oktovia Manrose di ibu negara pada Selasa malam.