‘Bangunan Berhantu’ Highland Towers Bakal Dirobohkan Tidak Lama Lagi

Trending

‘Bangunan Berhantu’ Highland Towers Bakal Dirobohkan Tidak Lama Lagi

Sebut sahaja Highland Tower pasti sudah ramai tahu mengenai bangunan terbiar itu yang penuh dengan ‘cerita mistik’. Bukan sahaja penduduk di sekitar kawasan berkenaan tetapi masyarakat lain juga berasa takut jika mengetahui ura-ura kisah bangunan terbiar itu.

Dilaporkan Kondominium Highland Towers yang terbiar selama 28 tahun itu bakal dirobohkan tidak lama lagi, lapor akhbar Harian Metro.

Advertisement

Hal itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin pada sidang media selepas merasmikan sebuah kempen. Lawatan kerja sudah dilakukan di tapak kondominium tersebut pada Selasa lalu sebelum proses seterusnya dilakukan.

“Syukur Alhamdulillah selepas 28 tahun kita berjaya menempuh semua proses perundangan yang terbabit dan tapak sudah boleh dibersihkan dan bangunan dirobohkan”

Tambahnya, keputusan seperti ini pasti memberikan ketenangan kepada penduduk yang tinggal berhampiran bangunan terletak di Taman Hillview, Hulu Kelang itu. Pihaknya kini hanya menunggu kebenaran daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk memulakan aktiviti pembersihan kawasan itu.

Menurut sumber, kerja-keraja perobohan bangunan dan pembersihan kawasan tersebut akan dilakukan selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan.

“Projek pembangunan yang sesuai dengan kawasan tersebut akan dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada”

Terdahulu, Highand Towers yang dibina pada tahun 1974 dikenali dengan satu tragedi runtuhan satu daripada tiga blok bangunan kondominium pada 11 Disember 1993. Tragedi tragis itu telah  meragut 48 nyawa dan hanya tiga mangsa sahaja yang berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tersebut.

Sejak itu, bangunan berkenaan jadi terbiar dan menjadi sarang penagihan dadah dan masalah sosial yang menyebabkan penduduk sekitarnya kurang senang.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...