Memang hangat dunia hiburan tanah air selepas kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Norman KRU. Ada yang menyokong namun rata-rata mereka yang bergiat di dalam industri hiburan membantah kenyataan tersebut. Salah seorang yang membantah ialah Ahmad Idham.
Menerusi laman Twitternya, Ahmad Idham menegaskan yang jatuh bangun industri hiburan tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Malah Ahmad Idham turut berkata kepada Mstar Online:-
Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni. Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut.
Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara. Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya.
Bagi Abang Nara, kenyataan Ahmad Idham sememangnya benar. Ini barulah kata-kata yang bernas dan tidak mengikut perasaan. Kadang-kadang kefanatikan di dalam diri mendorong kita bercakap sesuatu yang tak masuk akal. Berhati-hatilah takut ia akan memakan diri kita sendiri di masa hadapan. Tak gitu?