Bangun Dari Kerusi Juri Untuk Pohon Maaf Atas Kesilapan Lalu, Ajai Akui Tersalah Kata Kepada Peserta Big Stage Hafiz Zainal

Hiburan

Bangun Dari Kerusi Juri Untuk Pohon Maaf Atas Kesilapan Lalu, Ajai Akui Tersalah Kata Kepada Peserta Big Stage Hafiz Zainal

Penyanyi dan juga komposer, Ajai tampil memohon maaf secara langsung kepada bintang Big Stage 2020, Hafiz Zainal atas kesilapan memberi teguran ‘tidak masuk akal’ ketika konsert minggu pertama program itu.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Mass dilihat tampil profesional dengan bangun dari kerusi juri lalu naik ke pentas untuk bersemuka dengan Hafiz. Ianya dilakukan secara ‘live’ pada permulaan konsert minggu kedua siri realiti TV berkenaan.

Advertisement

“Saya tak mahu berikan kamu dan peserta lain ruang serta rasa selesa. Saya akui saya tersalah perkataan, mungkin itu adalah cara, prinsip saya bila menjurikan sesuatu. Sebab saya begitu peka dengan bunyi dna saya begitu teliti dengan setiap nota muzik. Akan tetapi, tidak semestinya awak tidak bagus. Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa,”

Menurut Ajai, dia tidak berniat untuk ‘menghentam’ setiap peserta Big Stage namun ingin memberi nasihat berguna memandangkan hanya mempunyai masa yang singkat iaitu tujuh hingga lapan minggu sahaja.

View this post on Instagram

#GempakLive: Pehhh terbaikk laaa @byajai! Min salute dengan tindakan Ajai untuk @drhafizzainal!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Dalam pada masa yang sama, Ajai turut berharap agar semua peserta Big Stage 2020 akan terus berjaya dan mencipta nama apabila telah tamat program ini nanti.

“Bermaksud mereka akan kekal dalam industri sama seperti artis lama yang masih kekal hingga sekarang kerana bersandarkan pada kualiti dan bakat mereka,”

 Mengimbas kembali, Ajai yang dilantik menjadi juri tetap program Big Stage 2020 bersama dengan penyanyi Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir telah dikritik hebat oleh netizen kerana telah memberikan markah terendah kepada peserta Hafiz Zainal pada pusingan minggu pertama.

Ajai dikatakan hanya memberi 2 markah yang sekaligus dianggap sebagai sejarah markah terendah yang pernah diberikan juri kepada mana-mana peserta realiti TV yang pernah ditayangkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...