Bangsar South Secara Rasmi Kembali Dipanggil Kampung Kerinchi

Trending

Bangsar South Secara Rasmi Kembali Dipanggil Kampung Kerinchi

Kawasan Bangsar South secara rasminya ditukar semula kepada nama asalnya Kampung Kerinchi pada hari Sabtu lalu untuk mengembalikan identitinya sebagai salah satu sejarah penerokaan awal di sana.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, nama Bangsar South dikomersialkan oleh pemaju hartanah yang ingin meningkatkan nilai kawasan itu dan supaya lebih glamor.

Ahli Parlimen Lembah Pantai , Fahmi Fadzil adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengembalikan identiti asal Kampung Kerinchi itu. Untuk apa malu dipanggil ‘kampung’ dan kita seharusnya menghormati sejarah disebalik penubuhan kawasan tersebut. ‘Kampung’ bukan bermakna mundur.

Semasa berkempen saya pernah berjanji kepada penduduk Kerinchi untuk menghormati tempat ini dan sejarahnya, sekarang saya mengotakannya. Kampung ini kaya dengan sejarahnya. Kenapa kita harus malu ia dipanggil ‘kampung’? Ramai orang hebat dilahirkan dari sini. Kita tidak sewajarnya melupakan asal usul kita.

Kita seharusnya bangga dengan budaya dan sejarah terdahulu. Ia melambangkan identiti kita. Semua itu lebih bermakna dan tiada nilainya daripada ingin merasa glamor.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...