Banglo Dan Kereta Mewah ‘Tersadai’ Lama, Punca Ditinggalkan Masih Jadi Tanda Tanya

Kehidupan

Banglo Dan Kereta Mewah ‘Tersadai’ Lama, Punca Ditinggalkan Masih Jadi Tanda Tanya

Elemen mistik sudah tidak asing lagi dalam kehidupan harian kita. Kebiasaannya, isu ini timbul apabila terdapat lokasi atau kediaman yang sudah terbiar lama.

Jika korang masih ingat, kisah banglo terbiar yang terletak di Ketereh, Kelantan ini pernah menjadi tanda tanya warga maya tentang sebab musabab tuan rumah meninggalkan kawasan tersebut.

Apa yang membuatkan jiran tetangga lebih tertanya-tanya adalah peninggalan kereta mewah Porsche dan BMW di hadapan rumah sehingga berhabuk dan kusam. Malah, semak dan lalang juga semakin meninggi.

Advertisement

Menurut sumber, pada ketika dahulu rumah tersebut telah didiami oleh 5 orang ahli keluarga dan mereka hidup bahagia.

Banglo terbiar dan tersadai di Kelantan

Sumber : Libur.com

Ketika rumah ini dibina, memang nampak mewah. Dikatakan si suami ini ada tubuhkan beberapa jenis perniagaan, mereka ini disenangi oleh jiran dan orang kampung.

Antara perniagaan mereka adalah seperti hardware, jual pasir yang sedut dari sungai, sewa jentera berat macam lori dan jengkaut tu.

Pada waktu ini, bisnes mereka sangat maju. Pasangan suami isteri itu pula dikatakan sangat baik malah gemar membantu orang kampung dengan bersedekah.

Mengikut cerita penduduk kampung, setiap kali bulan ramadhan, beliau akan mengagihkan buah kurma pada jiran berdekatan.

Asbab kebaikan itu, mereka ini diberi rezeki yang melimpah ruah sehingga berjaya memiliki puluhan lori. Bukan itu je, pasangan ini juga mampu membeli kereta mewah seperti gambar dibawah.

Banglo terbiar dan tersadai di Kelantan

Sumber : Soya Lemon

Menurut sumber lain, si suami pernah berjumpa dengan bapa seorang pemuda dan menceritakan masalah yang dihadapi. Difahamkan, bisnes mereka ini ada campur tangan ketiga.

Sejak dari hari itu juga, bisnes mereka dikatakan mula merundum, selain beberapa masalah lain yang terlihat.

“Lori dah mula tersadai. Kereta mewah tu pun dah mula ‘rehatkan diri’ dan ia menjadi tanda tanya pada orang kampung”

Lama-kelamaan, rumah itu sudah mula terbiar apabila mereka sekeluarga pindah tanpa memberitahu orang kampung dan ia masih kekal misteri apabila mereka cuma bawa diri dan pakaian sahaja.

“Diorang pindah tanpa mengucapkan selamat tinggal”

Banglo terbiar dan tersadai di Kelantan

Sumber : The Reporter.my

Kata pemuda itu lagi, perabot masih ada dalam rumah tu, semuanya mewah-mewah dan mahal diperbuat dari ukiran kayu jati.

Sehingga hari ini, tiada siapa yang mengetahui punca keluarga tersebut berpindah ke tempat lain. Biarlah jadi rahsia antara mereka ya.

Sampai disini sahaja kisah banglo ini. Untuk pengetahuan korang, tidak ada apa yang menyeramkan berlaku setakat ini.

Jadi korang jangan buat spekulasi yang pelik-pelik pula ya. Semoga perkongsian ini memberi sedikit pengetahuan walau diselubung misteri.

SUMBER : BorakDaily,The Reporter.my,Libur.com

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...