Bangladesh Tidak Mahu Terima 269 Pelarian Rohingya Yang Ditahan Di Langkawi

Trending

Bangladesh Tidak Mahu Terima 269 Pelarian Rohingya Yang Ditahan Di Langkawi

Insiden kemasukan pelarian Rohingya yang sengaja merosakkan bot untuk memasuki Malaysia mencetuskan kemarahan ramai sebelum ini. Di dalam kejadian itu, seramai 269 pendatang asing tanpa izin (PATI) itu cuba memasuki sempadan negara dan kini ditahan di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi.

Baca: Pihak Berkuasa Menahan 269 PATI Rohingya Ketika Cubaan Menceroboh Perairan Negara

Advertisement

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengusulkan meminta kerajaan Bangladesh untuk mengambil semula rakyat mereka yang terkandas di Langkawi ini. Kementerian Luar juga diminta mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk menghantar pelarian terbabit ke negara ketiga.

Bangladesh tidak terima

pelarian rohingya

Permintaan Malaysia meminta Bangladesh mengambil semula pelarian Rohingya ini tidak disambut baik oleh mereka. Kerajaan Bangladesh di dalam satu kenyataan memberitahu tidak akan menerima permintaan daripada Malaysia ini.

“Bangladesh tidak akan mengambil mereka. Bangladesh tidak berada dalam posisi untuk mengambil Rohingya lagi.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri Bangladesh, AK Abdul Momen itu sekaligus mematahkan usaha Malaysia mengembalikan pelarian Rohingya ini ke kem pelarian mereka semula. Beliau bertegas bahawa Bangladesh tidak akan sesekali membawa mereka pulang ke negara itu.

Malah, beliau mendakwa Rohingya bukan lah warganegara Bangladesh. Mereka (Rohingya) adalah penduduk Myanmar selama berabad-abad. Beliau juga meminta negara luar untuk sama-sama memikul beban berkenaan penempatan Rohingya dan tidak seharusnya memberi tekanan kepada Bangladesh sahaja.

rohingya

“Negara-negara lain dialu-alukan untuk mengambilnya. Daripada meminta kita (Bangladesh) memberi perlindungan, kita akan menyambut kepemimpinan dan organisasi global untuk memindahkan 1.1 juta Rohingya yang dianiaya yang kini berlindung sementara di Bangladesh,” katanya lagi.

Satu lagi kapal dikesan

Sebuah lagi kapal yang membawa pelarian Rohingya dikesan membawa kira-kira 300 pelarian yang berselindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand selepas gagal memasuki perairan negara ini.

Kapal tersebut difahamkan telah berada di kawasan perairan itu selama empat bulan yang lalu selepas bertolak daripada Cox Bazar, Bangladesh. Mereka telah mencuba melakukan berpuluh kali cubaan untuk memasuki perairan Malaysia namun gagal.

rohingya

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati kapal tersebut berselindung di belakang Pulau Koh Adang dan dipercayai sedang menyusun strategi untuk masuk semula ke perairan negara. Difahamkan, sindiket dari Myanmar akan berhubung dengan sindiket di Thailand bagi membekalkan makanan dan minyak untuk kapal berkenaan.

“Memang tidak ada kapal yang mampu bertahan selama empat bulan di laut kecuali dibekalkan dengan semua keperluan termasuk makanan, minyak dan keperluan lain.”

Keputusan Malaysia menerima 269 pelarian Rohingya sebelum ini dilakukan adalah atas dasar kemanusiaan sebelum urusan penghantaran pulang dilakukan. Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan sama ada perlu membiarkan mereka mati di laut atau selamatkan atas dasar kemanusiaan.

Sumber: (1), (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...