Bangladesh Adakan Perhimpunan Disertai 25,000 Orang Bagi Mendoakan Dunia Selamat Dari COVID-19

COVID-19

Bangladesh Adakan Perhimpunan Disertai 25,000 Orang Bagi Mendoakan Dunia Selamat Dari COVID-19

Perhimpunan besar-besaran yang berlaku semalam di Bangladesh seolah-olah mempertaruhkan nyawa orang ramai dengan pendedahan yang lebih tinggi pada wabak COVID-19. Ketika Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan orang ramai untuk tidak mengadakan perhimpunan, masih ada lagi yang berdegil.

Baca: WHO Umumkan COVID-19 Sebagai Pandemik, Apakah Maksud Di Sebaliknya?

Advertisement

Seramai 25,000 rakyat Bangladesh telah berkumpul di dalam satu upacara keagamaan bagi mendoakan dunia selamat dari penularan wabak tersebut. Ketua Polis Tempatan, Tota Miah memberitahu kira-kira 10,000 muslim berkumpul di lapangan terbuka di bandar Raipur, Bangladesh untuk berdoa bagi minta disembuhkan dari wabak itu.

“Mereka mengadakan solat selepas subuh untuk membebaskan negara daripada wabak coronavirus.”

Seperti Malaysia, Bangladesh juga buat masa ini telah menutup semua sekolah dan diarahkan membatalkan sebarang perhimpunan beramai-ramai. Menurut laporan, upacara keagamaan besar-besaran ini tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Semalam, Bangladesh telah mencatatkan kematian pertama akibat COVID-19 di mana mangsa berumur 70 tahun itu disahkan turut mengalami beberapa masalah kesihatan yang kronik. Seramai 14 orang disahkan positif COVID-19 di Bangladesh setakat ini. Kematian pertama diumumkan semalam telah membuatkan rakyat Bangladesh panik dan mendorong kepada upacara keagamaan pada pagi ini.

Seperti tidak belajar daripada kesilapan sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan penyertaan ribuan jemaah di Indonesia semalam. Beribu jemaah menghadiri perhimpunan tabligh itu seperti yang pernah berlaku di Masjid Sri Petaling yang lalu dan kemudian menyebabkan penularan wabak yang lebih tinggi.

Artikel berkaitan: Ribuan Jemaah Sertai Ijtimak Tabligh Di Indonesia, Rakyat Malaysia Disyaki Turut Menyertainya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...