Sejak dua hari lepas, rakaman seorang lelaki melempang seorang pekerja Bangladesh di stesen minyak telah menjadi viral. Netizen Malaysia berang dengan lelaki itu yang didakwa menampar pekerja Bangladesh itu kerana mengotorkan keretanya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pekerja asing itu memegang kain tuala pengelap sambil duduk di tempat pemandu satu SUV mewah.
Pemilik kereta itu memintanya untuk keluar, sebelum memarahi dan menampar wajahnya dengan kuat.
Klip video itu dimuat naik oleh pemilik tempat cuci kereta itu, Puan Atie Abdul Hamid. Menurutnya, lelaki itu berang dan menuduh pekerja itu mengotorkan keretanya,
Lelaki itu tidak mahu membayar untuk perkhidmatan yang diberi kepadanya, sebaliknya meminta RM 1,000 dari pekerja asing tersebut yang cuba membersihkan cermin hadapan keretanya.
Atie memberitahu pekerjanya dipukul buat kali kedua di lokasi lain berdekatan kedai itu yang menyebabkan ‘pendarahan yang tidak berhenti’. Atie memberitahu CCTV di bahagian belakang tidak berfungsi, tetapi dia telah menangkap gambar lantai yang dibasahi darah.
Setelah dibawa ke klinik, doktor klinik telah merujukkan pekerja asing itu kepada hospital.
Doktor hospital mengesahkan hidung lelaki Bangladesh itu telah patah. Rawatan lanjut akan dibuat Isnin.
Apabila dihubungi, Atie memberitahu yang pekerjanya masih dirawat di hospital dan dia sedang sibuk menjaga pekerjanya itu.
Ramai menggesa Pn. Atie membuat laporan polis terhadap lelaki itu yang dianggap bongkak dan pembuli. Menurut seorang pengguna Facebook Matthew Loh:
Bagaimana pekerja itu hendak mengelap cermin di bahagian dalam keretanya tanpa duduk? Adakah pekerja itu perlu mandi terlebih dahulu dan sembur minyak wangi sebelum masuk? Saya harap pembuli itu didakwa. Tidak mahu membayar dan meminta pampasan hanya satu alasan tidak mahu membayar langsung.
Sementara itu, identiti lelaki itu telah dikenal pasti oleh Netizen dan dia memberi alasan bahawa lelaki asing itu kurang ajar:
Bangla tu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan kain yang kotor dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata mata nak tunjuk tak puas hati. Bila saya tegur lagi dia menjawab. Kalau awak berada di tempat saya sikit sebanyak pun akan tercabar juga. Saya pangil majikan dia masa tu tak jawab dan lepas tu dia fitnah kata saya marah sebab bangla tu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah tu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu dan kena kutuk oleh masyarakat.
Namun begitu, adakah itu dikira alasan yang bagus untuk memukul orang lain sehingga cedera teruk? Anda patut tahu jawapannya.
Jom bersama-sama kami menyelusuri keindahan seni dan budaya orang asli dan pribumi dari Malaysia dan negara-negara…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 13 October 2015