“Bangkai Punya Manusia” – Roslan Shah ‘Koyak’ Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Azwan Ali Dan Azza Elite

Hiburan

“Bangkai Punya Manusia” – Roslan Shah ‘Koyak’ Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Azwan Ali Dan Azza Elite

Baru-baru ini kecoh tentang perkelahian antara pengacara sensasi, Azwan Ali, serta penyanyi, pelakon dan usahawan, Azza Elite.

Segalanya bermula apabila Azwan Ali memaki hamun Azza Elite kerana sejadah yang dipesan tidak diterima dalam jangka masa yang ditetapkan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, perkara itu sedang dalam penyelesaian dalam temu bual yang dijalankan oleh Melodi. Susulan kejadian itu, penyanyi dan pengacara, Roslan Shah, turut terkena tempias kontroversi tersebut.

Menurut Roslan, dia berasa marah terhadap sesetengah pihak yang melaga-lagakan dirinya bersama Azwan dan Azza.

Menerusi Insta Stories yang dibuat oleh Roslan, dia turut menyatakan bahawa dia akan mengenakan tindakan mahkamah sekiranya mana-mana individu didapati melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain itu, dia turut memberitahu niatnya adalah untuk melihat kedua-dua selebriti itu berbaik dan mengaku memaklumkan berita pemergian bapa Azza kepada Azwan.

Dalam pada itu, Roslan sempat menasihati netizen supaya berhenti menjaga tepi kain orang sekiranya tidak mengetahui hal yang sebenar.

azwan maki azza elite
2 years ago

"Kau Busy Jahit Sejadah Ke?!" - Dimaki Sebab Hantar Sejadah Lambat, Azza Elite Anggap Diva AA 'Selfish'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...