Bangkai Kapal Tenggelam 500 Tahun Lalu Dijumpai Masih Dalam Keadaan Yang Elok

Kehidupan

Bangkai Kapal Tenggelam 500 Tahun Lalu Dijumpai Masih Dalam Keadaan Yang Elok

Baru-baru ini pakar arkeologi di Sweden telah menjumpai bangkai kapal yang tenggelam kira-kira 500 tahun lalu yang masih berada dalam keadaan baik.

Kapal tersebut yang dipercayai karam dan ditinggalkan oleh anak kapal masih lagi berada dalam keadaan lengkap bersama badan, layarnya dan bot kecil yang biasanya digunakan untuk membawa anak kapal.

Advertisement

Berdasarkan pada keadaan kapal yang masih elok itu, pakar arkeologi mengandaikan kapal ini wujud pada penghujung abad ke-15 dan awal abad ke-16 semasa Leonardo Da Vinci masih hidup.

Namun, asal usul kapal tersebut belum dapat dipastikan lagi. Buat masa sekarang mereka menggelarnya sebagai Okant Skepp yang membawa maksud ‘Unknown Ship’.

“Ianya seperti baru tenggelam semalam apabila melihatkan tiang yang masih berada pada tempatnya dan struktur kapal yang masih utuh.”

Penemuan bangkai kapal ini bermula secara tidak sengaja apabila pasukan Pentadbiran Maritim Sweden melakukan side scan sonar pada tahun 2009 dan menjumpai sesuatu yang tidak kena. Bangkai kapal ini dijumpai di dasar laut pada kedalaman 140 meter atau 460 kaki di bawah permukaan air.

Sumber: Science Alert

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...