Baru-baru ini pakar arkeologi di Sweden telah menjumpai bangkai kapal yang tenggelam kira-kira 500 tahun lalu yang masih berada dalam keadaan baik.
Kapal tersebut yang dipercayai karam dan ditinggalkan oleh anak kapal masih lagi berada dalam keadaan lengkap bersama badan, layarnya dan bot kecil yang biasanya digunakan untuk membawa anak kapal.
Berdasarkan pada keadaan kapal yang masih elok itu, pakar arkeologi mengandaikan kapal ini wujud pada penghujung abad ke-15 dan awal abad ke-16 semasa Leonardo Da Vinci masih hidup.
“Ianya seperti baru tenggelam semalam apabila melihatkan tiang yang masih berada pada tempatnya dan struktur kapal yang masih utuh.”
Penemuan bangkai kapal ini bermula secara tidak sengaja apabila pasukan Pentadbiran Maritim Sweden melakukan side scan sonar pada tahun 2009 dan menjumpai sesuatu yang tidak kena. Bangkai kapal ini dijumpai di dasar laut pada kedalaman 140 meter atau 460 kaki di bawah permukaan air.
Sumber: Science Alert