Kecoh di media tempatan beberapa hari ini apabila seleberiti cef terkenal negara, Datuk Redzuwan yang lebih mesra dipanggil Cef Wan mendedahkan bahawa anak perempuannya iaitu pelakon Serina telah bernikah secara rahsia tanpa pengetahuannya.
Setelah beberapa siri pendedahan serta luahan daripada kedua-dua anak beranak ini, terbaru Cef Wan tampil meminta maaf kepada peminat serta pengikut media sosialnya jika segala perkongsiannya itu dianggap sebagai mengaibkan keluarga sendiri.
Ujar Cef Wan lagi, tujuan dia bertindak seperti itu adalah kerana ingin menjelaskan perkara sebenar daripada mulutnya sendiri sebagai bapa selepas Serina mengumumkan berita perkahwinannya di luar pengetahuan.
View this post on Instagram
“Ucapan terima kasih tidak terhingga untuk semua peminat saya yang tampil memberi semangat untuk saya terus kuat. Saya memohon maaf kepada mereka yang memikirkan saya seolah-olah aibkan anak sendiri. Pada saya, berita mengenai pernikahan itu sudah diumumkan secara terbuka jadi saya perlu jelaskan mengenai apa yang sebenarnya terjadi mengenai hal ini.”
Tambahnya lagi, apa saja proses pernikahan yang dilalui Serina, dia berasa sangat kecewa apabila mendakwa anak perempuannya itu dan suaminya kini, Meor Muhammad Aidid seperti cuba menipu dan menyembunyikan sesuatu.
“Depan saya dua-dua tipu saya hidup-hidup berlakon minta restu konon. Dah nikah tu mengaku aja lah kan.” tulisnya lagi di sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Tegas cef terkenal itu lagi, soal berat seperti perkahwinan itu tidak sepatutnya membelakangi ibu bapa.
Terdahulu, Serina menerusi laman Instagramnya telah mengumumkan bahawa dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan Aidid yang didakwa Cef Wan diadakan di Thailand.
Namun, pelakon wanita itu tampil menafikan mengenai perkara itu dan menjelaskan bahawa berdua sebenarnya bernikah di Perlis, bukannya di Thailand. Selain itu, Serina juga menafikan status Aidid yang didakwa bapanya masih lagi suami orang namun sebalik merupakan seorang duda.
View this post on Instagram
Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 dan sebelum bercerai tujuh tahun kemudian.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef,11, dan Isabella Saffiya yang kini berusia 10 tahun.