Bangganya, Kek Lapis Sarawak Dalam Program Tv Masakan UK

Trending

Bangganya, Kek Lapis Sarawak Dalam Program Tv Masakan UK

Siapa sahaja diantara kita yang tak gemar makan kek Lapis Sarawak? kini kita semua tahu kek Lapis telah mendapat perhatian antarabangsa apabila diperkenalkan dalam sebuah rancangan televisyen United Kingdom popular, The Great British Bake Off.

Rancangan realiti TV tersebut menyaksikan peserta bertanding untuk menjadi pembuat kek dan pastri terbaik di UK.

Advertisement

Dalam episod terbaharu rancangan tersebut, ia mengetengahkan tema ‘Festival Week’ dan pastinya menguji peserta untuk menghasilkan hidangan yang unik diinspirasikan daripada pelbagai negara. Para peserta harus berjaya untuk mengagumkan para juri dengan kek lapis mereka.

 

Juri Paul Hollywood, chef selebriti Inggeris yang terkenal berkata, kek Lapis Sarawak “salah satu ciptaan paling sukar” yang dilihat dalam rancangan mingguan kali ini.

Cara pembuatannya melibatkan beberapa lapis mengikut warna yang berbeza malah setiap warna mempunyai rasa yang pelbagai dan tersendiri, katanya.

Mana tidaknya, hanya 4 jam diperuntukkan untuk mereka menyediakan hidangan itu.

Rata-rata rakyat Malaysia berasa bangga kerana para peserta berjaya untuk menghasilkan kek tradisional Sarawak ini.

 

 

Admin pun tak pandai buat kek Lapis Sarawak. Semoga Malaysia lebih dikenali dengan promosi makanan sebegini.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...