Bangga “Upload” Gambar Gantung Anjing Sampai Mati, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Pencinta Haiwan

Trending

Bangga “Upload” Gambar Gantung Anjing Sampai Mati, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Pencinta Haiwan

4Akibat memuatnaik gambar menunjukkan seekor anjing putih digantung sampai mati, seorang lelaki telah dikecam teruk oleh netizen dan pencinta haiwan.
Lelaki berkenaan yang dipercayai merupakan seorang anggota polis bantuan di Bahagian Keselamatan, Malaysia Airports berdasarkan maklumat di Facebooknya dikatakan menggantung anjing berkenaan sehingga mati kerana anjing tersebut telah menyerang beberapa ekor angsanya.

“Penjenayah dihukum gantung sampai mati,” tulisnya di laman Facebook.

Advertisement

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan telah membuang gambar tersebut setelah menerima kritikan teruk dan perbuatannya itu telah tersebar sehingga ke pengetahuan pencinta haiwan.

Selain itu, laman Facebook lelaki berkenaan dipecayai sudah dinyahaktifkan selepas diserang netizen.

Memetik kemaskini di laman Facebook Malaysia Independent Animal Rescue, seorang pencinta haiwan, Puspa Rani telah membuat satu laporan polis.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Inspektor Zukhairi yang akan menyoal siasat pelaku, F**** M**** dan segala keterangannya akan diambil berhubung tindakan pelaku yang jelas menzalimi haiwan,” jelas Puspa.

Sebuah petisyen juga telah diwujudkan netizen yang mana mendesak lelaki terbabit dikenakan hukuman yang setimpal akibat tindakannya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...