Bangga Kena ‘Block’ Di IG, Netizen Tegur Gadis Sudah 9 Tahun Obses Tengku Ahmad Ismail – “Maksudnya Dia Tengok Profile I Lah Kan?”

Kehidupan

Bangga Kena ‘Block’ Di IG, Netizen Tegur Gadis Sudah 9 Tahun Obses Tengku Ahmad Ismail – “Maksudnya Dia Tengok Profile I Lah Kan?”

Hantaran seorang individu dipercayai peminat putera ketiga Sultan Pahang, Sultan Abdullah iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah telah mencuri perhatian ramai pengguna laman sosial Threads.

Menerusi perkongsian itu, individu berkenaan telah memuat naik tangkap layar yang memaparkan akaun Instagram beliau yang dilihat telah menyekatnya.

Advertisement

Tengku Ahmad Ismail

Individu tersebut mengakui sudah meminati  pewaris diraja ketiga takhta Pahang itu sejak sembilan tahun lalu namun tidak kisah kini disekat kerana berasa bangga Tengku Ahmad Ismail sudah ‘tengok’ profil Instagramnya.

Katanya lagi, sebelum ini dia sering menghantar video komedi kepada Tengku Ahmad Ismail namun kali ini individu itu percaya komennya membuatkan beliau menyekatnya.

Dia block sebab I komen dekat latest photo. Sayangi hitam putih (bendera Pahang), yelah I anak Pahang. Tapi dia block lepas komen tu. Tapi I happy, maksudnya dia tengok profile I la kan! Takpelah kena block pun.

individu obses Tengku Ahmad Ismail

Ramai pengguna Threads memberi respon dan meminta individu tersebut untuk ‘move on’ dan tidak terlalu obses dengan Tengku Ahmad Ismail kerana beliau bukanlah rakyat biasa sebaliknya merupakan kerabat diraja.

Dalam pada itu, sesetengah netizen menyamakannya dengan Faridah Daud dan berpendapat individu ini perlu mendapatkan bantuan psikiatri kerana dilihat seperti sudah terlalu obses.

individu obses Tengku Ahmad Ismail individu obses Tengku Ahmad Ismail

Meskipun dikecam dan disindir ramai, individu berkenaan akui tidak terkesan dan menafikan dirinya obses dengan Tengku Ahmad Ismail.

Malah dia juga turut menyenaraikan situasi lain daripada individu lain yang lebih obses terhadap kerabat diraja lebih daripadanya.

Kena block pun I happy weh, sebab nak block kena pergi profile kita kan. I tak kisah, sebab I ni rakyat yang berangan je.

individu obses Tengku Ahmad Ismail

individu obses Tengku Ahmad Ismail

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sultan nazrin diserang
2025-08-31 12:42:21

(VIDEO) Wanita Cuba Peluk Sultan Perak, Polis Sahkan Ada Rekod Lampau Dadah & Pernah Jalani Rawatan Psikiatri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...