Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans meluahkan rasa gembira dan bangga apabila telah dilantik sebagai duta kempen promosi pelancongan Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu, bermula semalam.
Menurut Juliana, dia telah dilantik menjadi duta kempen berkenaan selama tempoh dua tahun secara rasmi.
Tambahnya, sebagai duta, dia ingin mengajak orang ramai agar bercuti di dalam negeri Selangor terutamanya untuk penduduk negeri itu sendiri kerana terdapat banyak lokasi alam semula jadi yang indah jadi risiko penularan wabak COVID-19 sekaligus dapat dikurangkan.
View this post on Instagram
“Sudah tentu agak mencabar untuk mengajak orang ramai melancong ketika kes COVID-19 semakin tinggi ketika ini, tapi jika berkunjung sekadar menaiki kereta dan tidak menaiki pesawat penerbanga, saya rasa itu memadai. Bawa kereta jalan-jalan dalam negeri Selangor lebih mudah, saya ajak orang ramai sebab ianya selamat, lokasi-lokasi di Selangor juga banyak melibatkan alam semula jadi dan bukannya tempat yang sesak.”
Dia berkata demikian ketika ditemui media di majlis pelancaran kempen melancong ke negeri itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, semalam.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, sebagai anak jati Selangor, dia amat berbangga kerana dipilih untuk menjadi wakil dan duta oleh kerajaan negeri itu.
Menerusi akaun Instagramnnya, Juliana turut sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat iaitu Kerajaan Negeri Selangor serta Tourism Selangor kerana memilihnya menjadi muka depan kempen berkenaan.
Sumber : Astro Gempak